darulkautsar.w... [Video Pendek] - SIRI PANDUAN MUDAH UNTUK MENGENALI HADITH DHAIF DAN PALSU SESUAI UNTUK ORANG AWAM
USUL DIRAYAT KE-15 - Hadith-hadith atau riwayat-riwayat yang mengemukakan sesuatu peristiwa atau perkara yang bercanggah dengan apa yang disepakati oleh ahli-ahli sejarah dan sekian ramai ulama' hadith yang muktabar terutamanya apabila ada hadith sahih yang membatalkannya, semuanya sama ada maudhu' atau dhaif
NOTA
Dalam keadaan riwayat sejarah lebih benar dari riwayat hadith, ulama' hadith mengutamakan riwayat sejarah tersebut dan mengenepikan riwayat hadith..
CONTOH HADITH PALSU
1) Ummu Habibah r.ha. kononnya dikahwini Rasulullah s.a.w. atas permintaan Abu Sufyan semata-mata dan bukanlah di atas pilihan Baginda sendiri (Hadith dari Sahih Muslim)
2) Ibnu Abbas mentafsirkan ayat 219, Surah as-Syu'araa, [yang bermaksud: "Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud"] sebagaimana berikut: "Dari seorang nabi kepada seorang nabi sehingga Aku keluarkan engkau sebagai seorang nabi", iaitu, semua nenek moyang Nabi kita Muhammad adalah dari kalangan nabi-nabi.
3) Orang Syiah mutakhir mengatakan Nabi s.a.w. hanya mempunyai seorang anak perempuan iaitu Fatimah dan menafikan Zainab, Ruqayyah dan Ummu Khalthum sebagai anak-anak Baginda.
( Video Penuh - 1. • Sesi 34 - Bercanggah D...
2. • Sesi 35 - Bercanggah D...
3. • Sesi 36 - Bercanggah D...
MAULANA MUHAMMAD ASRI YUSOFF
----------------------------------------------------------------------------------------------
1. CONTOH HADITH PALSU PERTAMA
Ummu Habibah r.ha. kononnya dikahwini Rasulullah s.a.w. atas permintaan Abu Sufyan semata-mata dan bukanlah di atas pilihan Baginda sendiri (Hadith dari Sahih Muslim)
KOMENTAR
Ahli sejarah bersepakat mengatakan bahawa Ummu Habibah r.ha berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. semasa berada di Habshah. Pada masa itu Abu Sufyan belum memeluk agama Islam, oleh itu dialog beliau dengan Rasulullah dalam hadith tersebut adalah tidak benar.
2. CONTOH HADITH PALSU KEDUA
Ibnu Abbas mentafsirkan ayat 219, Surah as-Syu'araa, [yang bermaksud: "Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud"] sebagaimana berikut: "Dari seorang nabi kepada seorang nabi sehingga Aku keluarkan engkau sebagai seorang nabi", iaitu, semua nenek moyang Nabi kita Muhammad adalah dari kalangan nabi-nabi.
KOMENTAR
Ahli sejarah bersepakat mengatakan "atsar" Ibnu Abbas ini tidak benar kerana tidak ada bukti sejarah yang menunjukkan nenek moyang Nabi kita semuanya beragama Islam apatah lagi dari kalangan nabi-nabi.
3. CONTOH HADITH PALSU KETIGA
Orang Syiah mutakhir mengatakan Nabi s.a.w. hanya mempunyai seorang anak perempuan iaitu Fatimah dan menafikan Zainab, Ruqayyah dan Ummu Khalthum sebagai anak-anak Baginda.
KOMENTAR
Kitab yang paling sahih dalam ajaran Syiah, al-Kahfi, yang dianggap sama tarafnya dengan Sahih al-Bukhari di kalangan ahli Sunnah wal Jamaah mengatakan anak-anak Nabi s.a.w. ialah al-Qasim, Ruqayyah, Zainab, Ummu Khalthum, Tayyib, Thahir dan Fatimah. Hadith yang mengatakan hanya Fatimah seorang sahaja anak perempuan Nabi bercanggah dengan fakta sejarah, kitab-kitab Syiah sendiri dan juga kitab-kitab Sunni.
NOTA
Mengapa Syiah menolak anak-anak perempuan selain Fatimah sebagai anak-anak Nabi?
Ini adalah kerana kebencian mereka kepada Sahabat seperti Saidina Uthman bin Affan yang dianggap mereka sebagai seorang yang kafir. Disebabkan Nabi s.a.w. mengahwinkan dua puterinya (Ruqayyah dan Ummu Khalthum) dengan Saidina Uthman, maka mereka mengatakan dua puteri Rasulullah tersebut bukan anak Baginda yang sebenar.
Негізгі бет [HADIS PALSU] Hanya Fatimah Anak Perempuan Nabi & Nenek Moyang Nabi Semuanya Nabi-Nabi
Пікірлер