Dapat je tahu yang Akem & Afieq akan perform lagu Di Alam Fana Cintamu secara live terus Sis apply annual leaves huhuhuhu.. Sebenarnya hampir kecewa jugak.. sepatutnya minggu lepas dorg perform skali postpone pulak.. dah postpone pun hampir cancel jugak sebabnya akem tak sihat 2 hari sebelum program.. hampanya hati ku ini.. tapi apa boleh buat kesihatan lagi penting kan.. dengarnya ulser, demam and bengkak leher.. dah plan baik dengan mmber tapi bnde nak jadikan... pagi2 pukul 8.20am sehari sebelum program dpt tahu akem nk jugak pergi and dah sihat khabarnya.. apa lagi! Sis terus onzzz lahhhh makanya ke JB lah kita jumaat tu.. smpi sana pulak hujan on off.. risau dah.. cari poncho 2 kedai habis.. so redah je lah dlm renyai harap tak demam lah sbb Sis kena balik mlm tu jugak ke KL sbb esok paginya pukul 8 ada kerja part-time.
Risau akem tak boleh nak perform all out sbb kesihatan dia.. TAPI! Tak sia2 decision Sis turun JB malam tu! All-out meletop weihhh!!! Actually lagu ni besar maknanya bagi Sis.. selain mmg lagu favorite mak, vocalist asal lagu ni Arwah Shamrin merupakan saudara Sis.. lagilah Sis excited nak dengar dorang menyanyikan semula lagu ni kan! Wlpn boleh dengar suara akem serak tapi alhamdulillah tidak mengecewakan.. but risau jugak kalau tekak dia sakit.. dah ler next month ada concert.. haisssshhh kita pulak risau fikirkan dia.. anyway enjoy la tgk video ni yang gegor tgn sbb tak larat nak angkat tinggi hp lps drive dr KL ke JB plus lagu ni lebih 3 minit.. lenguhhhh weihhhhh.. ni je best view yg boleh dapat setelah menyelit2 hahahaha..TAPI BERBALOI simpan sebagai kenangan =)
.
Credit :
Lagu : Di Alam Fana Cintamu
Penyanyi : Haqiem Rusli & Afieq Shazwan
Penyanyi Asal: Fotograph
Composer : Fauzi Marzuki
Lyric : Zur'ain
© 2022 FMC Music Sdn Bhd
.
▫️ Visual diary of @haqiemrusli98_’s shows & all that jazz.
▫️ Content herein are our own unless stated otherwise.
▫️ Please take with CREDIT (Cr)
▫️ Follow our ig / thedivas.qiemilio for more updates
Негізгі бет HAQIEM RUSLI x AFIEQ SHAZWAN DI ALAM FANA CINTAMU (FANCAM)
Пікірлер: 75