voice: Dr. H. fahrudin faiz, M. Ag
Mjs channel ngaji filsafat Yogyakarta
di @Moscpho Mosc
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD
(Sallallahu alaihi Wasallam)
Khutbah ini disampaikan pada 9 hb.
Zulhijjah Tahun 10 hijriyyah
di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
__________________________________________
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu. Kerjakanlah "ibadah Haji" sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahwa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya Itulah Al Quran dan sunnahku
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang itu menyampaikannya puta kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dan dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahwasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu
__________________________________________
Video ini saya buat khusus untuk menambah kecintaan kita kepada Rasulullah Muhammad Saw.
fahrudin faiz, ngaji filsafat, fahrudin faiz terbaru, fahrudin terbaru, filsafat terbaru, menaikan kesadaran, kesadaran, ngaji filsafat terbaru, mosc filosofi, faiz fahrudin, nur Muhammad, nur muhammad, dr fahrudin faiz,
#ngajifilsafat
#fahrudinfaiz #mosc
Негізгі бет Hatimu akan mudah mengenali siapa NUR MUHAMMAD dalam dirimu - ngaji filsafat | Dr. H. fahrudin faiz
Пікірлер: 66