Bukit Rukud terletak di KG. Kalibatang Baru Tenom, Sabah. Bukit ini terletak kira-kira 37KM dari Pekan Tenom dan masa yang diambil untuk sampai ke bukit ini dari Pekan Tenom ialah kira-kira 40 minit (melalui jalan Tenom-Kuala Tomani.
Bukit ini terkenal dengan gelaran Heaven On Earth kerana suasana di puncaknya yang nyaman dan sejuk. Selain itu pemandangan yang disajikan amat cantik lebih-lebih lagi pada waktu pagi kerana keadaan yang berkabus seolah-olah berada di atas awan.
Terdapat dua laluan pendakian yang disediakan untuk mendaki bukit ini dan ada perbezaan antara kedua-dua lauan ini. Laluan 1 adalah laluan yang lebih curam tetapi disediakan dengan tangga kayu yang lebih memudahkan untuk mendaki. Manakala laluan 2 pula jalannya berbentuk zig-zag yang mana kurang curam berbanding laluan 1, tetapi tangganya adalah tanah dan agak licin. Dinasihatkan untuk menggunakan pakaian yang bersesuaian untuk mendaki bukit ini.
Kedua-dua laluan ini mempunyai jarak yang sama untuk sampai ke puncak iaitu 400 meter. Selaian daripada aktiviti mendaki, aktiviti seperti berkelah dan berkemah juga boleh dilakukan disini serta terdapat juga homestay yang disediakan di sini untuk yang ingin bermalam. Bagi yang ingin bermalam bolehlah menggunakan laluan kenderaan untuk sampai ke puncak untuk mengangkut barang-barang yang banyak.
Tiket masuk : RM2
Music from #Uppbeat:
uppbeat.io/t/prigida/cherry-b...
License code: 1O6ZURUFYW1ZP9QR
uppbeat.io/t/braak/sirup
License code: YUJLUBEH510JKJV1
Негізгі бет Hiking di BUKIT RUKUD, Tenom, Sabah (Naik Laluan 1, Turun Laluan 2)
Пікірлер: 4