Ekspedisi Merdeka 2022 SMK Banggi : Menawan Puncak Bukit Sinambung, Banggi, Kudat. Ekspedisi ini disertai oleh guru-guru dan bekas pelajar SMK Banggi. Bukit Sinambung terletak di Kg. Kalangkaman. Jarak bukit ini dari Pekan Karakit kira-kira 27km dan masa perjalanan 1 jam ke 1 jam 40 minit bergantung pada kelajuan, keadaan jalan dan cuaca.
Tidak ada bayaran dikenakan untuk mendaki bukit ini, tetapi jika anda menggunakan perkhidmatan guide bolehlah berikan bayaran yang setimpal kepada mereka. Panjang laluan pendakian adalah kira-kira 1.2km dan masa yang diambil untuk mendaki 1 jam 20 minit dan ke atas bergantung kepada tahap kecergasan masing-masing.
Fizikal laluan pendakian pula agak mencabar kerana laluan yang curam dan licin. Digalakkan untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti mendaki agar tidak mudah tergelincir dan terjatuh ketika mendaki. Disarankan juga untuk membawa air yang mencukupi dan sedikit bekalan makanan.
Music from Uppbeat :
uppbeat.io/t/soundroll/tropicana
License code: PJMMOWVACCDIIIDX
uppbeat.io/t/infraction/try
License code: TEKLIAZCNRQGWHJD
Негізгі бет Hiking di PULAU BANGGI, Kudat! Ekspedisi Merdeka SMK Banggi 2022 Menawan Puncak Bukit Sinambung
Пікірлер: 8