#resepiviral
hai semua , disebabkan ramai yang request untuk cik dadida buat boba homemade jadi harini cik dadida share resepi dan Cara untuk buat boba sendiri di rumah , jadi selamat mencuba
Resepi boba tapioca pearls
1 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan gula merah
1/2 cawan air
1 sudu besar serbuk Koko ( penganti pewarna hitam )
Cara penyedian
1- Masak 1/2 cawan air bersama 1/4 cawan gula merah sehingga mendidih
2- sementara tunggu air mendidih campurkan 1 cawan tepung ubi bersama 1 sudu serbuk Koko , bila air gula dah mendidih masukkan 1 sudu tepung ubi Yang telah dicampur dengan serbuk Koko kemudian kacau sehingga sebati dengan api perlahan , kemudian masukkan lagi 1 sudu tepung dan kacau sebati , Bila dah sebati masukkan lebihan tepung kacau sehingga tepung melekat pada tepung yang telah dimasak kemudian tutup api
3- tuangkan adunan tepung keatas bekas kosong untuk Di uli menjadi doh , uli tepung semasa tepung Masih panas , tepung memang berderai dan perlu Di uli dengan menambah air sedikit demi sedikit sehingga membentuk menjadi doh
4- bentukkan adunan menjadi doh bulat dan potong kepada 8 bahagian , uli doh menjadi panjang kemudian potong mengikut saiz yang sesuai untuk dijadikan boba , bulatkan adunan menjadi bulat kecil sesuai saiz untuk boba dan masukkan kedalam bekas berisi tepung ubi supaya boba tidak melekat antara satu sama lain
5- Didihkan air untuk merebus boba pastikan air betul-betul mendidih baru masukkan boba , rebus boba selama 20 minit dengan api yang sederhana dan sentiasa kacau supaya boba tidak melekat
6- setelah 20 minit tutup api dan tutup periuk dan biarkan selama 15 minit
7- sementara tunggu boba sejuk Dalam 15 minit , Kita masak air gula , masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan gula melaka masak sehingga gula hancur dan menjadi sedikit pekat dan tutup api
8- Setelah 15 minit tapis buang air rebusan boba dan bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kanji yang melekat pada boba
9- masukkan boba yang telah dibersihkan kedalam air gula yang telah dimasak
Dah siap!!!
selamat mencuba
Негізгі бет Homemade boba pearls brown sugar milk tea by cik dadida
No video
Пікірлер: 1,4 М.