Tagal Luanti Baru, Ranau merupakan destinasi pelancongan yang tidak asing lagi. Tempat ini sememangnya menjadi tumpuan para pelancong apabila datang ke Sabah. Tempat ini terletak di Kg. Luanti Baru, Ranau. Jarak tempat ini dari pekan Ranau adalah kira-kira 19KM (Melalui jalan Ranau-Sandakan) dan mengambil masa kurang daripada 30 minit untuk sampai ke sini.
Apa yang menarik di sini adalah ikan-ikan di dalam Sungai Moroli ini akan memakan sisa kulit mati yang terdapat pada kaki dan tangan kita. Aktiviti ini juga dikenali sebagai Fish Massage. Apabila kita merendamkan kaki atau tangan ke dalam air, ikan-ikan ini akan datang dan memakan sisa kulit mati yang ada pada kaki dan tangan kita. Apa yang kita akan rasa? Bukanlah sakit tetapi geli apabila ikan itu mula memakan sisa kulti mati. Selain daripada merendamkan kaki dan tangan, kita juga boleh mandi bersama ikan ini.
Tiket :
1. Rendam Kaki - Kanak-kanak RM2
Dewasa RM5
2. Mandi bersama ikan RM10
Music from #Uppbeat (free for Creators!):
uppbeat.io/t/qube/rebound
License code: WAA8XZWDON3HROKW
Негізгі бет Ikan Urut Kaki? di TAGAL LUANTI BARU, Ranau, Sabah
Пікірлер: 1