Bufet Ramadhan yang berlangsung sejak 16 Mac telah sampai ke penghujungnya. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang memilih Bufet Nostalgia Ramadhan di Marina Island Pangkor Resort & Hotel sebagai lokasi berbuka puasa anda! Semoga anda berpuas hati dengan pengalaman berbuka puasa bersama kami.
Pelbagai jenis makanan bertemakan ala kampung, termasuk hidangan istimewa seperti Kambing Golek, Udang Harimau, Ikan Siakap Gergasi, serta aneka pencuci mulut dan variasi menu menarik setiap hari untuk pelanggan kami.
Berkonsepkan mesra Muslim, pelanggan telah diiringi dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari pelajar tahfiz Yayasan Addin dan kemudahan surau yang selesa.
Jutaan terima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan dan penyertaan cabutan bertuah sepanjang bulan Ramadhan ini. Kami menghargai setiap pembelian dan sokongan anda kepada Marina Island Pangkor Resort & Hotel.
Jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan lagi di masa akan datang. Sama-sama kita nantikan Bufet Ramadhan yang akan datang!
#MarinaIslandMoments #Ramadhan2024 #Iftar #BerbukaPuasa #Hotel #TerumbuCafe #Manjung #Lumut #Pangkor
Негізгі бет Imbasan Video: Bufet Ramadhan 2024 - Nostalgia Ramadhan
Пікірлер