Bedah pemikiran Prof Dr Haji Abdul Malik bin Abdul Karim bin Amrullah @ Prof Dr HAMKA @ Buya HAMKA.
Sebagai ulama yang dilihat dari blok Kaum Muda, reformis, tajdid dan islah bagaimana manhaj beliau dalam memahamkan umat Islam-Melayu Nusantara tentang tentang isu murtad menurut al-Quran dan al-Sunnah khususnya melalui tafsir beliau.
Antara isu yang menggegarkan dunia keilmuan dan keintelektualan Islam adalah kemunculan karya almarhum Prof Dr Taha Jabir el-Alwani yang bertajuk La Ikraha fi al-Din atau Tiada Paksaan dalam Agama yang kemudian sering dijadikan sandaran sesetengah pihak dalam wacana berkaitan murtad.
Wacana panjang dan ilmiah Dr Taha tidak semudah konklusi yang difahami oleh sebahagian pihak bahawa Islam membenarkan murtad dan ia tidaklah satu kesalahan syariah yang perlu dibesar-besarkan.
Justeru, dalam konteks ini kita mahu melihat bagaimana respon Prof Dr HAMKA dalam Tafsir Al-Azhar apabila mentafsirkan ayat 256, Surah al-Baqarah yang menjadi sandaran golongan tersebut.
Meskipun polemik tersebut tidak ada kaitan dengan Tafsir Al-Azhar atau masanya yang berlainan namun amat molek kita menelusuri manhaj Prof Dr HAMKA apabila mentafsirkan ayat لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِ, dan semestinya untuk kefahaman yang menyeluruh kita tidak akan ambil potongan itu sahaja melainkan melihat seluruh 2 ayat dalam kelompok tersebut sebagaimana di bawah ini:
لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَىِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦) ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (٢٥٧)
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (256) Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (257)"
Негізгі бет [ISU-ISU KONTROVERSI DALAM TAFSIR AL-AZHAR - SIRI 17] - Islam Benarkan Umatnya Murtad!?_Bhg. 1
Пікірлер