#KelantanTV
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menggunakan peluangnya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini menjelaskan dakwaan berhubung isu penyelewengan dan kontroversi yang melanda Tabung Haji (TH) ketika di bawah pengurusannya.
Beliau mempersoalkan kenapa TH tidak dapat memberikan dividen sebagaimana kebiasaan kepada rakyat.
Dia yang merupakan pengerusi TH pada Julai 2013 hingga Mei 2018, berkata beliau dan pihak pengurusan tertinggi TH telah dituduh melelong aset institusi kewangan orang Islam itu, tetapi hakikatnya aset TH meningkat sebanyak RM26.5 bilion sepanjang tempoh itu.
“Ini aset yang TH peroleh dalam bentuk fizikal, sama ada dalam bentuk ladang, tanah, saham dan lain-lain lagi. Ini adalah aset yang mempunyai nilai yang boleh dicairkan kepada tunai pada bila-bila masa jika keadaan mendesak,” katanya.
Beliau turut menyoal tindakan pentadbiran Pakatan Harapan yang gagal membentangkan laporan tahunan TH pada tahun 2018 dan 2019 sambil menunjukkan laporan kewangan TH 2013 hingga 2016 semasa institusi itu berada di bawah pentadbiran beliau.
Beliau juga turut menegaskan tidak pernah dikenakan sebarang tuduhan di mahkamah berkenaan kes penyelewengan TH.
“Saya tidak ada satu kes pun dituduh atas Tabung Haji sampai dua tahun dua bulan ini. Satu kes pun tidak ada! Go and check the fact sir (periksa faktanya tuan), saya tidak ada tuduhan,” katanya bagi menjawab celahan berbentuk teguran daripada Tun M yang menyatakan penjelasan berkaitan TH sepatutnya dibuat di mahkamah, bukannya di Dewan Rakyat.
-----------------------------------------------------------------
Jangan lupa subscribe yea. Klik bit.ly/2MKP1Zh
-----------------------------------------------------------------
PENAFIAN : KelantanTV tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton. KelantanTV berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang negera. Justeru itu KelantanTV berharap pihak penonton juga dapat mengawal perasaan dan menjaga bahasa dan adab dalam setiap ayat yang dituturkan.
Негізгі бет Isu Tabung Haji - Dulu Rakyat Dapat Dividen Hingga 7.5%, Kenapa Zaman PH Tak Dapat ?
Пікірлер: 1 М.