#Channel20sen
Episod Jejak lokasi filem kali ini kita akan menelusuri di mana lokasi salah satu babak daripada filem Nasib Do Re Mi yang diterbitkan pada tahun 1966 arahan Tan Sri P. Ramlee.
Pastinya anda masih ingat babak di mana Do Re Mi dimasukkan ke dalam hospital selepas sahaja mereka bergaduh dan dibelasah dengan Geng Komeng di taman bunga.
Untuk pengetahuan anda, lokasi babak di hospital itu telah dibuat di Hospital Lady Templer, Cheras, Kuala Lumpur.
Namun, bangunan Hospital Lady Templer yang dijadikan lokasi penggambaran filem Nasib Do Re Mi itu, kini sudah tiada lagi dan telah robohkan pada akhir tahun 2008 dan digantikan dengan Hospital Reha bili tasi yang memulakan operasinya pada 2 Julai 2012.
Негізгі бет JEJAK LOKASI FILEM | NASIB DO RE MI | BABAK DO RE MI DI WAD HOSPITAL
Пікірлер: 189