#channel20sen
Seperti biasa pada episod kali ini, Jejak lokasi filem meneruskan lagi pencarian dan melihat di mana lokasi babak daripada filem The 7th Dawn arahan Lewis Gilbert pada tahun 1964.
Salah satu babak yang dikenal pasti lokasinya terdapat di dalam filem ini telah dirakamkan di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
Situasi yang digambarkan di dalam babak ini memaparkan pasukan tentera British sedang berkumpul di stesen untuk menaiki keretapi.
Babak berdurasi 3 minit 22 saat di dalam bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur itu memaparkan tiga watak utama lakonan William Holden, Capucine, dan Tetsuro Tamba.
Dalam babak ini menunjukan Major Ferris dan Dhana Mercier menemui sahabat mereka iaitu Ng. Ketiga-tiga sahabat karib itu bergembira dengan kemenangan, selepas menghadapi pertempuran di dalam hutan untuk tempoh yang lama sewaktu menentang tentera Jepun.
Pertemuan di stesen keretapi itu, Major Ferris dan Dhana Mercier mengucapkan selamat jalan kepada Ng kerana Ng akan pergi ke Moscow untuk mengikuti latihan politik komunis di Russia.
Setelah hampir 60 tahun berlalu, keadaan di Stesen Keretapi Kuala Lumpur itu tidak banyak berubah, hanya lantai di tepi landasan itu kelihatan lebih tinggi kedudukannya berbanding di dalam filem The 7th Dawn.
Tiang dan struktur besi di bumbung stesen keretapi ini masih kekal seperti dahulu lagi. Sementara dinding dan pintu masuk utama stesen ini kelihatan ada sedikit perubahan.
Негізгі бет JEJAK LOKASI FILEM | THE 7th DAWN | BABAK DI STESEN KERATAPI KUALA LUMPUR
Пікірлер: 16