Baru - baru ini ada kawan bertanya mengenai kawasan Bandar Sri Indah (BSI) Batu 10 Jalan Apas. Bagaimana keluasannya dan apa keadaannya di sana. Dengan pertanyaan beginilah saya membuat video ini untuk membantu kawan saya mengenali kawasan BSI yang merupakan kawasan perumahan yang paling luas di daerah Tawau.
Selain itu, menjadi panduan kepada rakan - rakan lain yang akan menonton video saya nanti. BSI merupakan kawasan perumahan yang diusahakan oleh Hap Seng Sdn Bhd. Sejak dari tahun 2001 lagi. (Kalau tidak silap) Jarak dari Bandar Tawau ke BSI ialah 20 km jauhnya.
Tahun 2020 menyaksikan beberapa perubahan yang telah berlaku di BSI antaranya wujud Restornan Pizza Hut dan KFC. Kalau warga BSI ingin membeli pizza atau ayam goreng KFC, mereka perlu bergerak lebih 15 km dari rumah mereka. Kini tidak perlu bergerak jauh. Dekat sahaja dan ia terletak di sebelah selatan BSI.
BSI mempunyai beberapa fasa di dalamnya. Seperti di dalam video kamu boleh saksikan bermula dari Fasa 4 yang berada di Selatan BSI. Fasa 4 merupakan kawasan perindustrian yang mana terletaknya stesen bas antara daerah, supermarket dan banyak lagi. Kemudian selepas pintu gerbang, kita boleh lihat Pasar BSI yang terletak di Fasa 2. Di sebelah kanan adalah Fasa 1 yang mana terletaknya Masjid Az Zaeemah (dalam video tersalah sebut...minta maaf)
Selepas Fasa 1 terdapat perumahan yang bertingkat 3 dan harganya cukup tinggi. Boleh lihat di dalam vidoe saya. Setelah melalui perumahan 3 tingkat, kita akan melalui Fasa 3 dan akhirnya Fasa 5 yang mana adanya sekolah swasta.
Jarak perjalanan dari jalan utama (Jalan Apas) ke Fasa 5A ialah 3 km jauhnya. Fasa 5A adalah fasa yang paling hujung di sebelah utara dan berhampiran dengan Ranggu Prima.
Saya berharap, video ini dapat membantu rakan - rakan mengenali kawasan BSI walaupun tidak banyak saya kongsikan. Semoga terhibur. Bagi yang belum subscribe, jangan lupa untuk subscribe, like dan komen di video saya.
Terima kasih kerana sudi menonton video saya.
Peralatan rakaman
Go Pro Max
#kancil8349
#tawau
#batu10jalanapas
#BSI
#PRN2020
#Covid19
Негізгі бет Jelajah Bandar Sri Indah Tawau Tahun 2020
Пікірлер: 57