Maaf sebab video kali ni lambat diupload. Dah lama rakam tapi tak edit lagi. Baru hari ni sempat edit. Sebelum ni terlalu banyak kerja yang perlu saya selesaikan dulu.
Tajuk video kali ini adalah Jenis Lesen Perniagaan yang perlu anda tahu.
Kalau nak berniaga, memang dinasihatkan supaya memohon dan mendaftar lesen perniagaan yang sah melalui SSM.
Ini untuk mengelakkan anda daripada ditangkap kerana berniaga tanpa lesen.
Secara basicnya ada 4 jenis lesen perniagaan yang anda boleh daftar melalui SSM
=====================================
Lesen Perniagaan Enterprise (Sole Propriety)
=====================================
Ini adalah lesen perniagaan yang paling basic. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu Persendirian atau Perkongsian.
Jenis lesen ini, anda dan perniagaan anda dalah satu entiti. Apa yang berlaku kepada anda berlaku juga kepada perniagaan anda.
Jika diishtiharkan bankrupt, harta anda boleh diambil untuk melangsaikan hutang perniagaan anda.
============================================
Lesen Syarikat PLT/LLP (Limited Liability Partnership)
============================================
Lesen jenis ini, anda dan perniagaan anda adalah entiti yang berbeza.
Maksudnya, apa yang terjadi pada perniagaan anda tak akan mempengaruhi anda.
Tidak diwajibkan melakukan audit kewangan syarikat, tapi perlu isytihar syarikat untung atau rugi. Akan didenda jika tidak isytihar untung rugi syarikat.
===========================
Lesen Syarikat Sendirian Berhad
===========================
Lesen jenis ini, anda dan syarikat adalah entiti yang berbeza.
Maksudnya, apa yang terjadi kepada syarikat tidak akan mempengaruhi anda.
Syarikat Sdn Bhd diwajibkan untuk menghantar laporan audit penyata kewangan tahunan kepada SSM. Biasanya akan dikendalikan melalui setiausaha syarikat yang telah dilantik oleh syarikat.
===================
Lesen Syarikat Berhad
===================
Lesen jenis ini membolehkan syarikat anda masuk ke daalam senarai bursa saham untuk mengumpulkan lebih banyak modal bagi mengembangkan lagi syarikat anda.
Akhir kata, enjoy the video! Kalau anda rasakan ianya bermanfaat, share kepada orang lain dan jangan lupa untuk subscribe channel ini sebagai dorongan dan sokongan kepada saya untuk menghasilkan content-content yang bermanfaat kepada anda.
Kalau ada sebarang komen atau penambahbaikan, boleh tinggalkan komen. In shaa Allah mana yang saya boleh upgrade saya akan upgrade.
Jemput datang ke blog rasmi Bicara Usahawan di: bicarausahawan.com/
===================
Media Sosial Yang Lain
===================
Facebook Page: / rahsiabisnes. .
Instagram: / faisalbadry
Twitter: / faisalbadry
Jangan lupa subscribe channel ni sekali ye! :)
Негізгі бет Jenis Lesen Perniagaan Yang Perlu Anda Tahu!
Пікірлер: 231