Terbitan : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Kedah)
Kategori : Video Pilihan
Syair merupakan salah satu puisi tradisional selain daripada Nazam, Gurindam, Seloka dan Pantun. Syair disampaikan dalam bentuk berirama dan untuk mencipta syair harus mempunyai empat baris dalam satu rangkap.
Syair juga terdapat dalam pelbagai bentuk rentak dan irama antaranya Kiasan, Dodoi, Dandan Setia, Selendang Delima dan banyak lagi. Segmen Jom Belajar dalam talian pada kali ini kita akan bersama Puan Wan Ismalinda Binti Wan Ismail, Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) dalam bidang Seni Berbahasa akan berkongsi bagaimana cara lontaran suara, dengan lenggok irama Mayang.
Jom Belajar dan Semarakkan Seni Budaya..!
#jkkn
#mysenibudaya
#MOTAC
#jombelajardalamtalian
Негізгі бет JOM BELAJAR : SYAIR ( IRAMA MAYANG )
Пікірлер: 26