Ini bukan bolt on turbo.. ini adalah Young Recreational Vehicle. Ia membawa maksud Kenderaan Rekreasi Generasi Muda. Enjin jenis ni seakan sama dengan enjin Myvi, namun begitu YRV ini dilengkapi dengan sistem turbo. Ia juga dikenali sebagai K3-Vet, kod enjin K3VET
(LA-M201G) 1298cc dengan 4 Silinder in line 16V intercoler Turbo 140 kuasa kuda.
Jenis ini terdapat 3 kategori iaitu:
✅ YRV TURBO [ K3VET ] ▶ Meter 180km/h
✅ YRV TURBO R [ K3VET ] ▶ Meter 220km/h
✅ YRV NA [ K3VE ] ❗ Sama Macam Engine MYVI 1.3
Versi Turbo ini dilengkapi sistem gear yang dinamakan TIPTRONIK. Pemanduan menjadi lebih independant dimana kita boleh memilih samada ingin memandu secara automatik atau manual. Istimewa-nya manual jenis ini tidak memerlukan anda menekan pedal klac untuk menukar gear. hanya dengan menekan butang steer shift pada dashboard dan kemudian menekan butang (+/-) pada steering. Dengan teknologi ini penukaran gear dapat berjalan dengan lebih cepat dan mudah berbanding dengan jenis manual yang lain. Untuk versi turbo, gear diletakkan pada sebelah steering hanya versi turbo R yang menempatkan gear ditempat biasa.
Anggaran kos untuk memiliki Halfcut jenis ini, RM4000 untuk YRV biasa manakala YRV R mencecah diantara RM6000 ke atas. Beza YRV biasa dengan YRV R ni tidaklah jauh beza cuma pada speedcut YRV biasa 180-190km/h untuk YRV R 220-230km/h. Kos keseluruhan lebih kurang RM5500 bagi YRV biasa. Bagi pendapat saya kelisa YRV biasa dah ok. YRV R lebih sesuai pada MYVI.
Engine YRV ini dimasukkan pada kelisa tanpa mengubah sebarang kedudukan mounting atau pemotongan chasis. Ia boleh dimasukkan secara PNP (plug and play) akan tetapi tidaklah ke-semua komponen pada halfcut tersebut boleh dimasukkan ke dalam ruang engine kelisa disebabkan ruang enjin kelisa yang agak kecil berbanding YRV. Baik, saya ambil satu ke 3 contoh komponen YRV yang tidak dapat dimasukkan ke dalam ruang enjin kelisa diantaranya ialah :
✅ Radiator YRV
✅ Kotak Angin YRV
✅ Kondenser YRV
▶ Guna semula komponen kelisa diatas yang aftermarket
Sistem suspension YRV dan kelisa adalah hampir sama. Jika dilihat absorber dan spring YRV boleh dimasukkan pada kelisa secara PNP mungkin ia akan sedikit lebih tinggi. Adalah lebih baik jika ia dinaik taraf kepada adjustable absorber untuk memberi handling yang memuaskan.
Sistem Gantungan Tayar / Handling diantara YRV dan kelisa ada sedikit perbezaan pada:
✅ Tie Rod End
✅ Lower Arm
✅ Stabilizer Bar
✅ Drive Shaft
Tie Rod end kelisa adalah pendek berbanding YRV begitu juga Lower Arm dan drive shaft kelisa yang lebih pendek berbanding YRV untuk Stabilizer Bar ia berbeza pada lengkungan. Cara nak masukkan Engine YRV secara PNP ini ialah kita gunakan semula Tie Rod End, Drive Shaft & Lower Arm kelisa. Untuk Stabilizer Bar hantar pada engineering bakar bagi sama lengkungan dia seperti stabilizer bar kelisa .
Sistem brek diantara YRV dan kelisa adalah sama ia bermakna disk brake hadapan itu boleh dimasukkan secara PNP pada kelisa dan juga Brake Drum YRV belakang boleh dimasukkan secara PNP pada perodua kelisa.
Untuk proses inspection dan endorse ini body kelisa tak kiralah sama ada CC 850-1000 CC boleh lepas jika ikut syarat yang ditetapkan oleh badan penguasa berkenaan tiada masalah jika kita ikut apa yang mereka perlukan.
Terima kasih kerana menonton.
👆🏼 / @melayu Jangan lupa tekan SUBSCRIBE dan GAMBAR LOCENG untuk mengikuti video seterusnya.
Негізгі бет Автокөліктер мен көлік құралдары Kelisa Turbo (Part 1)
Пікірлер: 41