SALAM SABAH MAJU JAYA
PERLAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
PAKEJ KERJA 3 - MENAIKTARAF JALAN DARI BEAUFORT KE BONGAWAN
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bagi jajaran Pakej Kerja 3 ini melibatkan kerja kerja Menaiktaraf jalan dari Beaufort ke Bongawan kepada Lebuhraya empat Lorong dua hala ( dual carriageway ) sepanjang 22.4KM.
Pakej Kerja ini melibatkan pembinaan 4 Jambatan (Sg Mawao, Sg Klias Baru, Sg Membakut dan Sg Damit), 3 Jejantas pejalan kaki dan 2 Persimpangan bertingkat (Persimpangan Bertingkat Bongawan dan Persimpangan BEBO Arch Keretapi untuk kemudahan pengguna Lebuhraya.
Persimpangan BEBO Arch Keretapi merupakan struktur BEBO Arch pertama yang dibina melintasi landasan keretapi di negeri Sabah. Dibina dari kontrit pra-tuang berbentuk arch, ianya mempunyai span sejauh 25m dan sepanjang 157m. Apabila siap kelak, ianya akan melancarkan pergerakan kenderaan yang melalui Lebuhraya Pan Borneo Sabah kerana kenderaan tidak perlu berhenti seketika, apabila keretapi JKNS tren melaluinya.
Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu dan mematuhi segala peraturan lalulintas terutamanya semasa melalui kawasan pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Негізгі бет Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 3
Пікірлер: 15