Ku sangka kan panass rupanya ribut di tengahari..
Setelah hampir setahun saya tidak turun memancing di tengah laut.. Untuk video kali ini saya mengambil keputusan untuk pergi keluar memancing betiga besama saudara saya.. Amri & taufiq
Maklumlah bila di laut bab cuaca ni sukar untuk di ramal.. Kalau nak di ikutkan cuaca memang cantik kebetulan time saya mancing air baru nak pasang untuk strike ikan memang peluang cerah..
Tapi apakan daya semuanya di luar jangkaan cuaca yang cerah betukar kepada gelap serta merta di landa ribut semasa dalam perjalanan pulak ke jeti kelanang.
Hari ini satu perkara yang saya dapat belajar dari kesilapan ialah sikap sambil lewa..tentang Keselamatan diri.
Sedangkan jaket keselamatan dah ada cuma rasa macam rimas bila pakai ketika memancing... Sekali ribut datang baru tahu bertapa tinggi rendah langit tu... Hahaha
Kepada semua rakan-rakan pemancing mungkin pernah alami situasi macam saya ni kan..?? Mungkin lebih dasyat...!!!
Ingat tau jadikan pelajaran kita bersama
Keselamatan harus di utamakan.. 👍 👍 👍
Негізгі бет KENA RIBUT KETIKA MANCING 12.8.2020 KELANANG.
Пікірлер: 458