PUTRAJAYA - Program Pembangunan Tanaman Bawang yang dilaksanakan secara berfasa mulai tahun ini hingga 2030 dijangka membantu dalam mengurangkan import bawang negara sebanyak 30 peratus.
.
Pengarah Bahagian Pengembangan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia, Johari Abdullah berkata, Jabatan Pertanian telah memulakan projek rintis penanaman bawang pada tahun 2005.
.
“Pada masa itu harga bawang dipasaran dilihat lebih murah berbanding kos untuk menanam dalam negara,”
.
“Pada 2022, negara mengimport pelbagai jenis bawang sebanyak 685,400 tan metrik dengan nilai 1.5 bilion dari beberapa negara seperti India, Belanda, China, Pakistan, Thailand serta lain - lain negara,”
.
“Jumlah import bawang tertinggi adalah dari negara India sebanyak 320,000 tan metrik,”
.
“Pengimportan tersebut direkodkan pada tahun 2022 sebelum sekatan eksport bawang dari negara pengeluar bawang terbesar dunia,”
.
Menurut beliau lagi, maklumat terkini pada 4 mei yang lalu, negara India telah mengeluarkan satu notis kepada pengimport bawang bahawa pengeksportan bawang boleh dilakukan tetapi pada kadar yang agak tinggi iaitu 550 USD per tan metrik. Ia satu nilai yang tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya,”
.
“Jadi kerajaan telah mengambil satu langkah bagi menjamin bekalan bawang dalam negara dengan melaksanakan projek penanaman bawang berskala pra kemersial yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang,” tambah beliau ketika menghadiri satu sesi audio siar oleh 17@WismaTani yang bersiar melalui youtube dan spotify pada 11 mei lalu.
.
Jabatan Pertanian dalam satu hantaran di media sosial telah menawarkan peluang kepada usahawan agromakanan untuk menyertai projek penanamam berskala komersial dan mendapat sambutan dari nitizen yang amat menggalakkan.
.
Jabatan Pertanian juga telah mengambil langkah proaktif untuk mengadakan libat urus serta garis panduan agar rakyat Malaysia yang berminat dapat bersama kerajaan dalam keterjaminan bekalan bawang negara.
.
Saksikan audio siar secara penuh 17@WismaTani di saluran :
.
🎬 KZitem : • 17@WISMATANI Episod 3 ...
.
🎧 SPOTIFY : podcasters.spo...
#myDOA #bawangmerah #bawang
Негізгі бет Kenapa dahulu tidak tanam bawang? Ini adalah jawapannya…
Пікірлер: 6