#durian #musangking #durianindonesia #durianmalaysia
Assalamulaikum dan salam sejahtera
Salam buat semua suscriber dkebun andak.. di sini saya ingin meminta maaf di atas kehilangan saya tanpa apa2 konten dan vedio.. ramai rakan2 bertanyakan kemana saya dan kenapa lama tidak tanpil dengan vedio2 baru..
Sangat panjang untuk saya ceritakan disini.. pelbagai faktor dalaman dan luaran yg menyebabkan saya ridak dapat masuk ke kebun dan juga dalam menghasilkan konten untuk tuan puan.
InsyaAllah selepas ini saya akan cuba baiki dan kembali berkebun dan cube untuk menghiburkan dan memberikan perkongsian untuk rakan2 semua..
Jadi dalm video ini saya kongsikan keadaan kebun saya selepas kerja kerja membina longkang saliran kira2 4 bulan yang lalu. Berdasarkan pemerhatian saya kesan pembinaan sistem saliran ini sangat positif dan pokok saya tidak lagi mengalami masalah buruk akar yang kerap apabila musim hujan.
Durian adalah tanaman variariti yang tidak tahan sekiranya ditenggelamai air terutama dari baka durian kawin seperti musang king, duri hitam, ioi, udang merah, tekka dan sebagainya,. Sekiranya ditengelaami air dipangkal pokok pun sudah cukup membuatnya mati lemas. Pelbagai kaedah tanaman digunakan seperti tanam menggunakan sistem busut , sistem saliran air, longkang dan piping yang terurus untuk mengelakkan lebihan air pada pokok .
Saya membina saliran dan juga longkang diantara lorong durian untuk pengaliran air dan mengelakkan air bertakung..
semoga ianya dapat memberikan informasi dan tip berguna kepada semua.
Suscribe untuk informasi dan tip berguna.
Kebaikan dan kelebihan tanam durian kaedah busut..
1. Tanah kekal peroi dan longgar dalam tempoh durian mula bertapak.
2. Busut dengan Ketinggian 1-1.5 kaki dapat memberi satu tempoh masa pengukuhan untuk akar mula berkembang dan membina kedudukan sebelum menempuh tanah asal.
3. Dapat mengelak dari air bertakung di pangkal/hampir dengan akar. 4. Dapat mengelak dari rumpai liar/patogen/kulat bawaan air semasa hujan.
5. Memudahkan urusan mengawal rumpai, tanah longgar mudah cabut.
6. Baja butiran tidak akan hanyut ketika hujan. 7. Kawasan busut/ketinggian/tiada rumpai memberi satu benteng semulajadi kepada ulat/belalang untuk menyerang.
8. Secara fizikalnya nampak tanah cepat kering, tapi bila dikorek di dalamnya mengekalkan kelembapan.
9. Dapat mengelakkan kemalangan termesin pangkal semasa memesin rumput, dapat menyediakan zon khas untuk menabur kompos/mulching dll.
10. Babi tidak berminat dengan pokok di atas busut, ada tapak di sekitar tebing busut sahaja, pokok masih tidak terusik. (Mungkin bergantung kepada kawasan tertentu).
#durian
Негізгі бет Kesan tambun tanah pangkal pokok durian musang king . Ini akhirnya terjadi.
Пікірлер: 35