Kisah Cinta | Episod 1
Konflik bermula dalam satu kemalangan tragis pada malam sambutan Tahun Baru 2013. Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh lori kontena dari arah bertentangan di Lebuhraya Utara-Selatan. Berlaku kekacauan sewaktu pengurusan jenazah mereka dalam kalangan anak masing-masing. Azalea anak kepada Zainal manakala Shah anak kepada Zaharah melaporkan bahawa ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan begitu juga dengan Shah yang tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Selepas selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua-dua pasangan itu selamat disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka.
Pelakon : Shaheizy Sam,Fazura yang akan membawa watak Azalea,Nazim Othman, Nadia Aqilah,Ungku Ismail,Arash Mohd,Fazlina Ahmad Daud
#KisahCinta
Tonton Episod Penuh:
www.tonton.com.my
/ @dramasangatofficial
Негізгі бет Kisah Cinta | Episod 1
Пікірлер: 9