Ikuti perjalanan saya menelusuri kisah sejarah hitam pembunuhan orang-orang Cina oleh Tentera Jepun di Parit Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berlaku pada 15 dan 16 Mac 1942.
Jenayah pembunuhan ini dilakukan oleh unit Tentera Jepun dari Kompeni ke-7, 11th Regiment - 5th Guards Division yang berpengkalan di Kuala Pilah English School atau Sek Men Keb Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.
Di dalam episod kali ini saya akan membawa anda ke satu kawasan yang dipanggil sebagai Sinpa iaitu lokasi pembunuhan orang-orang Cina oleh Tentera Jepun pada 15 Mac 1942. Dianggarkan sejumlah 100 orang penduduk Cina di kawasan ini telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Jepun dari Unit Kompeni ke 7, Rejimen ke 11 yang ditempatkan di Kuala Pilah English School/ Sek Men Keb Tuanku Muhammad selepas Tentera Jepun berjaya menawan Malaya.
Peristiwa ini dicatatkan sebagai sebahagian daripada operasi Shukusei (saringan) atau Sook Ching bagi membersihkan Malaya daripada anasir penyokong Parti Kuomintang ataupun penyokong Parti Komunis yang mampu mengancam aspek pentadbiran Tentera Jepun di Malaya. Pembunuhan di kawasan ini sekaligus merubah demografi penduduk di kawasan ini dalam sekelip mata.
Kini kawasan ini telah ditinggalkan dan hanya dihuni oleh beberapa keluarga Cina yang masih mengusahakan ladang Pisang dan dusun buah-buahan yang lain.
Lokasi video part 5 ini diambil di Sinpa (sempadan Beting - Parit Tinggi), Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Music credit:
1. Ryno's theme by Kevin MacCleod (incompetech.com);
2. Oppressive gloom by Kevin MacCleod (incompetech.com); dan
3. All this by Kevin MacCleod (incompetech.com).
Rujukan:
atrocityinns.ne... dan
www.researchga...
Негізгі бет Kisah Pembunuhan Orang-orang Cina oleh Tentera Jepun di Negeri Sembilan (Parit Tinggi) [Part 5]
Пікірлер