LAUT Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: اَوْ كَظُلُمٰتٍ فِيْ بَحْرٍ لُّـجّـِيٍّ يَّغْشٰٮهُ مَوْجٌ مِّنْ فَوْقِهٖ مَوْجٌ مِّنْ فَوْقِهٖ سَحَا بٌ ۗ ظُلُمٰتٌۢ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ ۗ اِذَاۤ اَخْرَجَ يَدَهٗ لَمْ يَكَدْ يَرٰٮهَا ۗ وَمَنْ لَّمْ يَجْعَلِ اللّٰهُ لَهٗ نُوْرًا فَمَا لَهٗ مِنْ نُّوْرٍ au kazhulumaating fii bahril lujjiyyiy yaghsyaahu maujum ming fauqihii maujum ming fauqihii sahaab, zhulumaatum ba'dhuhaa fauqo ba'dh, izaaa akhroja yadahuu lam yakad yaroohaa, wa mal lam yaj'alillaahu lahuu nuurong fa maa lahuu min nuur "Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)." (QS. An-Nur 24: Ayat 40) Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: وَاِ ذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِى الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُوْنَ اِلَّاۤ اِيَّاهُ ۚ فَلَمَّا نَجّٰٮكُمْ اِلَى الْبَرِّ اَعْرَضْتُمْ ۗ وَكَا نَ الْاِ نْسَا نُ كَفُوْرًا wa izaa massakumudh-dhurru fil-bahri dholla mang tad'uuna illaaa iyyaah, fa lammaa najjaakum ilal-barri a'rodhtum, wa kaanal-ingsaanu kafuuroo "Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)." (QS. Al-Isra' 17: Ayat 67) Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: اَمْ اَمِنْتُمْ اَنْ يُّعِيْدَكُمْ فِيْهِ تَا رَةً اُخْرٰى فَيُرْسِلَ عَلَيْكُمْ قَا صِفًا مِّنَ الرِّيْحِ فَيُغْرِقَكُمْ بِمَا كَفَرْتُمْ ۙ ثُمَّ لَا تَجِدُوْا لَـكُمْ عَلَيْنَا بِهٖ تَبِيْعًا am amingtum ay yu'iidakum fiihi taarotan ukhroo fa yursila 'alaikum qooshifam minar-riihi fa yughriqokum bimaa kafartum summa laa tajiduu lakum 'alainaa bihii tabii'aa "Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut, kemudian Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah belahkan segala yang dirempuhnya, lalu Ia mengaramkan kamu dengan sebab kekufuran kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang itu terhadap Kami?" (QS. Al-Isra' 17: Ayat 69) Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: فَكُلًّا اَخَذْنَا بِذَنْبِۢهٖ ۚ فَمِنْهُمْ مَّنْ اَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَا صِبًا ۚ وَمِنْهُمْ مَّنْ اَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ ۚ وَمِنْهُمْ مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْاَ رْضَ ۚ وَمِنْهُمْ مَّنْ اَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَا نَ اللّٰهُ لِيَـظْلِمَهُمْ وَلٰـكِنْ كَا نُوْۤا اَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُوْنَ fa kullan akhoznaa bizambihii fa min-hum man arsalnaa 'alaihi haashibaa, wa min-hum man akhozat-hush-shoihah, wa min-hum man khosafnaa bihil-ardh, wa min-hum man aghroqnaa, wa maa kaanallohu liyazhlimahum wa laaking kaanuuu angfusahum yazhlimuun "Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (QS. Al-'Ankabut 29: Ayat 40) Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: فَلَمَّاۤ اٰسَفُوْنَا انْتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَاَ غْرَقْنٰهُمْ اَجْمَعِيْنَ fa lammaaa aasafuunangtaqomnaa min-hum fa aghroqnaahum ajma'iin "Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa)." (QS. Az-Zukhruf 43: Ayat 55)
Пікірлер: 2