SSjn (B) Md Ali Ahmad dilahirkan pada 23 Jan 1951, di Kg Serkam, Merlimau Melaka. Beliau memasuki Angkatan Tentera Malaysia pada 27 Jun 1970 ketika berusia 19 tahun dan unit asal beliau ketika itu adalah Artileri tetapi disebabkan tertarik dengan nama elit komando beliau membuat permohonan lalu menyertainya pada tahun 1972. Beliau ditempatkan dalam Skuadron Z, Regimen Gerak Khas (RGK) dan ditugaskan sebagai pasukan simpanan naungan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dan ditempatkan di Kem Tambun, Ipoh Perak Beliau dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada tanggal 5 Jun 1974 selepas dua bulan pertempuran Op Gonzales. Apa yang membanggakan adalah penganugerahan ini menjadikan beliau anggota komando termuda yang menerima pingat PGB ketika usianya 23 tahun. Tiga tahun selepas itu beliau bertukar ke Cawangan Penyiasatan Khas, Kor Polis Tentera sehinggalah menamatkan perkhidmatan dengan pangkat terakhir beliau SSjn pada tahun 1991. SSjn Md Ali Ahmad mendirikan rumah tangga bersama Rohaya Mohd Shah pada tahun 1977 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan dan tiga cahaya mata lelaki. Beliau yang merupakan anak jati Merlimau, Melaka meneruskan kehidupan dengan melakukan kerja-kerja kampung di usianya 67 tahun. Mata sebelah kiri beliau telah buta akibat kemalangan jalan raya.
CREDIT/SOURCE :
BTDM (BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA)
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA SIAP SEDIA HADAPI ANCAMAN PENCEROBOH DI SABAH
👉 • Video
TENTERA SU1U MAHU MENAKLUK SABAH PADA FEB 2022
👉 • TENTERA SU1U MAHU MENA...
VAT69 KOMANDO"47 HARI DI BUMI SABAH
👉 • Video
MALAYSIA VIP GUARD"PROTECTION WITH DIGNITY AND HONOUR🔥🔥
👉 • MALAYSIA VIP GUARD"PRO...
UNIT TINDAK KHAS"UTK"PELOPOR KARIER KAWALAN RAPAT MODEN DI MALAYSIA🔥🔥
👉 • Video
5 PASUKAN TENTERA DAN POLIS MALAYSIA YANG DIGERUNI🔥🔥
👉 • 5 PASUKAN TENTERA DAN ...
Komando Malaysia kirim duit 50sen kepada sultan sulu🔥🔥🔥
👉 • Video
#KomandoMalaysia #MalaysianCommando #MalaysianArmedForces
Негізгі бет KOMANDO REJIMEN GERAK KHAS"DATANGMU TIDAK DIUNDANG JIKA RAGU HARAP PULANG"SSJN MD ALI AHMAD
Пікірлер: 139