Konvoi Merdeka UTM 2024: Merdeka! Kerana Tuhan Untuk Malaysia 🇲🇾
Dalam semangat tema "Merdeka! Kerana Tuhan Untuk Malaysia", Konvoi Merdeka UTM 2024 menyatukan lebih daripada 400 peserta dalam perjalanan yang penuh bermakna dari UTM Johor Bahru ke Pantai Teluk Mahkota, Sedili. Acara ini bukan sahaja meraikan kemerdekaan negara, tetapi juga menzahirkan rasa syukur dan pengabdian kepada Tuhan atas nikmat kemakmuran dan perpaduan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Program yang dirasmikan oleh Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pembersihan pantai, penyampaian sumbangan kepada asnaf, dan aktiviti motivasi untuk pelajar SPM.
"Merdeka! Kerana Tuhan Untuk Malaysia" - Bersama kita terus membina Malaysia yang harmoni dan diberkati.
#KonvoiMerdekaUTM2024
Негізгі бет KONVOI MERDEKA UTM 2024
Пікірлер