#KotaBelud terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, 70 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta.
Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa #Bajau, yakni "kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "belud" pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai "Kubu Pertahanan di atas Bukit".
Populasi penduduk pada tahun 2012 iaitu sekitar 93,100 orang yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum #Samah (Bajau), Dusun (Tindal), Tionghoa (Cina), Irranun dan Ubian. Daerah ini turut mendapat jolokan nama sebagai #DaerahKoboiTimur kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu. Selain itu, daerah ini juga terkenal dengan #TamuBesar atau Pasar Terbuka yang diadakan setiap hujung minggu (ahad).
Sumber Blog : zal6791.blogspot.com/2013/07/...
#KotaBeludDuluDulu #KotaBelud1960 #KotaBelud Lama
Negara : Malaysia
Negerii : Sabah
Bahagian : Pantai Barat
Badan : Majlis Daerah Kota Belud
Jumlah Penduduk Tahun 2012 : 93,100
Zon waktu : Malaysian Standard Time
Негізгі бет Kota Belud Sabah Dulu-Dulu 1960's | Lagu Bajau Samah Arbis Sidek Taubat
Пікірлер: 25