#recipesalamaya #kuihbahulu #kuihtradisional
Assalamualaikum semua 🤗
Kuih bahulu adalah salah satu kuih tradisional kegemaran yang sering kita boleh dapati terutama bila dihidangkan pada Hari Raya. Kuih bahulu ini juga amat sesuai untuk dibuat sebagai sarapan atau hidangan minum petang. Kuih yang amat mudah membuatnya yang menggunakan empat bahan sahaja. Saya membuat kuih bahulu ini seperti cara orang dulu dulu dengan memanaskan tepung gandum agar tepungnya akan menjadi kering dan ringan. Saya menggunakan acuan yang berbentuk kerang yang rupanya boleh menarik minat anak-anak dan pasti mereka akan teruja untuk merasakannya.
Selamat mencuba dan selamat menikmatinya!👩🍳
Terimakasih telah menonton video-video kami dan di atas sokongan anda untuk LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE.💖
Subscribe adalah percuma. Sila tekan ikon loceng agar tidak terlepas menerima notifikasi mengenai muat naik video terbaru kami.
Jumpa anda di video kami selanjutnya!🤗
Resepi
~ Bahasa Melayu
----------------------------------------------
Hidangan : 20 keping (mengikut saiz acuan yang digunakan)
Bahan-bahan :
150gm tepung gandum
150gm gula pasir
3 biji telur bersaiz grade A - (atau 4 biji telur saiz grade B)
1 sudu teh esen vanilla
Tips :
- Panaskan tepung sebentar sahaja anggaran
5 -6 minit dengan api kecil sehingga tepung
menjadi hangat sedikit dan terasa ringan
bila dikacau.
- Pastikan telur dan gula dipukul sehingga
mengembang dan putih gebu sebelum
masukkan tepung.
- Untuk membakar bancuhan kuih yang pertama,
pastikan acuan disapu sedikit minyak dan
panaskan acuan sebentar terlebih dahulu untuk
mengelakkan kuih dari melekat ke acuan.
- Sapukan minyak sekali lagi sebelum menuang
adunan yang seterusnya untuk dibakar.
- Kuih boleh dikeluarkan dari acuan setelah ia
sejuk ataupun sedikit hangat.
Acuan :
Saya gunakan acuan berbentuk kerang atau anda boleh menggunakan acuan tradisional yang berbentuk cermai.
Bakar :
Panaskan ketuhar terlebih dahulu sekurang-kurangnya 10 minit pada suhu 100 darjah celsius.
Bakar dengan menggunakan api atas bawah pada suhu 160 darjah selama 12 mins atau mengikut suhu kepanasan jenis oven anda.
Recipe
~ English
----------------------------------------------
Yields : 20 pieces (according to your mould size)
Ingredients :
150gm all-purpose flour
150gm granulated sugar
3 pcs of eggs size grade A - (or 4 pcs of eggs if use size grade B)
1 teaspoon essence vanilla
Tips :
- Heat-up the flour about 5-6 mins using low
heat until the flour become slightly warm
and feel light in weight when you stir it.
- Ensure to whisk the eggs and sugar until it
become white and fluffy before adding the
flour.
- For the first baking of the batter, ensure first
to grease the moulds with cooking oil
and warm up the mould in the oven to
prevent the batter to stick to the moulds.
Repeat to grease the moulds again before
adding the next batter to bake.
- The kueh can be removed from the moulds
after it has cooled or still slightly warm.
Moulds :
I used the Shell shape moulds or you can use the traditional Star gooseberry shape moulds (cermai fruit shape)
Bake :
Pre-heated the oven first for about 10minutes at 100 degrees celcius.
Then bake the kueh with top and bottom heat @160 degrees for about 12 minutes or according to your oven heat performance.
You are welcome to try the recipe and happy cooking!👩🍳
Thank you for watching our videos and your kind support to LIKE, SHARE and SUBSCRIBE.💖
Subscribe is free. Press the notification bell so as not to miss to receive update on our latest video upload. See you again in our next video!🤗
Негізгі бет Kuih Bahulu Tradisional | The Traditional Asian Kueh Bahulu
Пікірлер: 3