#recipesalamaya #kuihkaswi #kuihtradisional
Assalamualaikum semua 🤗
Kuih kaswi gula merah adalah kuih yang lazimnya kita akan terjumpa di majlis-majlis kenduri atau keramaian orang-orang Melayu. Kuih kaswi tradisional yang sangat mudah membuatnya dan masih lagi di gemari ramai.
Buat masa ini bentuknya telah di pelbagaikan dengan menggunakan berbagai acuan-acuan desain terkini untuk mencantikkan lagi rupanya. Di resepi ini saya menggunakan acuan twister yang sedang viral sekarang ini.😀
Dengan rupanya yang cantik dan kuih yang lembut bergedik sudah pasti dapat menaikkan selera untuk kita merasanya pula. Dimakan bersama kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam untuk mengimbangi rasa manis dan masin kuih kaswi ini. Sesuai juga untuk sajian minum petang.
Selamat mencuba dan selamat menikmatinya!👩🍳
Terimakasih telah menonton video-video kami dan di atas sokongan anda untuk LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE.💖
Subscribe adalah percuma. Sila tekan ikon loceng agar tidak terlepas menerima notifikasi mengenai muat naik video terbaru kami.
Jumpa anda di video kami selanjutnya!🤗
Resepi
~ Bahasa Melayu
----------------------------------------------
Hidangan : 36 keping
Bahan-bahan :
200gm tepung gandum
100gm tepung ubi (tapioca flour)
150gm gula merah
100gm gula pasir
725ml air
1 sudu teh air alkaline atau boleh guna air kapur
Bahan Untuk Kelapa Parut :
200gm kelapa parut putih
Sedikit garam
Gaul semua bahan dan kukus sebentar selama 10 minit
Acuan :
Saya guna acuan kecil bentuk twister ukuran diameter 5.5cm x 2cm tinggi.
Sapukan sedikit minyak di acuan.
Tips :
- Gula merah, gula pasir dan air dikisar lama
sedikit sehingga gulanya larut.
- Pastikan adunan harus dikacau terlebih
dahulu setiap kali sebelum dituang kedalam
acuan untuk mengulang proses mengukus
kuih bagi meratakan adunannya yang telah
mendap.
- Tuang adunan ke acuan 3/4 penuh sahaja
untuk mengelakkan adunan melimpah dari
acuan ketika mengukus kuih.
- Kuih boleh dikeluarkan dari acuan setelah
sejuk atau masih hangat sedikit.
** Kukus kuih anggaran 15 minit dengan api
sederhana besar.
Recipe
~ English
----------------------------------------------
Yields : 36 pieces
Ingredients :
200gm cup all-purpose flour
100gm cup tapioca flour
150gm dark red jaggery sugar
100gm granulated sugar
725ml water
1 teaspoon of alkaline water or can use edible
calcium carbonate water (air kapur)
Ingredients for Grated Coconut Mixture :
200gm of white grated coconut
A little salt
Mix all these ingredients and steam briefly for 10 minutes
Mould :
I used small twister moulds size diameter 5cm x 2cm height.
Grease moulds lightly with cooking oil.
Tips :
- Blend the jaggery sugar, white sugar & water
a bit longer until all the sugar has dissolve.
- Make sure the batter should be stirred first
each time before pouring into the moulds to
repeat the steaming process.
- Pour the batter 3/4 full into moulds so as to
prevent the batter from overflowing while
steaming the kueh.
- The kueh can be removed from the moulds
after cooling or slightly warm.
** Steam the kueh for about 15 minutes with
medium heat.
This Kueh Kaswi nice to be eaten warm.😋
You are welcome to try the recipe and enjoy cooking!👩🍳
Thank you for watching our videos and your kind support to LIKE, SHARE and SUBSCRIBE.💖
Subscribe is free. Press the notification bell so as not to miss to receive update on our latest video upload. See you again in our next video!🤗
Негізгі бет Kuih Kaswi Gula Merah | The Traditional Kueh Kaswi
Пікірлер: 1