Kuih Peneram Hitamanees semestinya antara kuih yang sangat popular dan digemari oleh penduduk Bukit Naga. Menggunakan resepi asli dari Utara, kuih tersebut sangat rangup di luar tapi gebu di dalam ketika ia panas.
Dengan hanya menggunakan 4 bahan iaitu Tepung Beras, Santan, Gula Merah dan Air, Kuih Peneram amat senang dibuat dan mudah dinikmati bersama yang tersayang. Setiap nikmat pada setiap gigitan, pasti anda akan rasa cair di dalam mulut anda.
📍Lokasi » Peneram Hitamanees
Hadapan Kedai Santan Segar Bukit Naga, Jalan Bukit Naga, Kampung Sri Gambut Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor
☎️Telefon » 012 - 239 3493
#destinasitv #asmr #kuihpeneram
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti KZitem, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Негізгі бет Kuih Peneram, RANGUP Di Luar GEBU Di Dalam.
Пікірлер: 42