Kuih peniram mempunyai banyak nama. Antaranya, denderam, peniaram, meniram, genderam, derang, benderang dan genderang. Kuih peniram merupakan sejenis kuih manis tradisional. Tepung beras dan gula merah merupakan bahan utama untuk membuatnya.
Kuih peniram ini diilhamkan daripada kuih masyarakat India Selatan akan tetapi sudah menjadi popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat India memanggilnya sebagai adhirasam.
Kuih tradisional ini kini telah dikomersialkan dan boleh didapati di perhentian R&R, pasar malam dan kedai-kedai. Perbezaan utama antara adhirasam dan peniram ialah versi India menggunakan halia kering dan serbuk kapulaga dengan tepung beras dan gula merah, sementara peniram jauh lebih sederhana kerana hanya tepung beras dan gula melaka atau gula aren yang digunakan.
* MENU
Kuih Peniram
* LOKASI
GERAI KUIH PENIRAM
Sg Isap (Berhampiran Tunas Manja)
Batu 3, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.
HP: 018-9041307 (Kak Ayu)
* HARGA
50 Biji - RM5
Terima kasih kerana menonton video-video di Channel SURR TV.
Hubungi SURR TV ditalian HP/WASAP 016-6633843 untuk review di tempat anda.
SURR TV merupakan channel yang membahas tentang makanan. Anda akan diberi info serta review tentang pelbagai jenis makanan, keunikannya, harga dan lokasi makanan tersebut boleh didapati. Channel ini juga bertujuan untuk membantu promosi perniagaan peniaga-peniaga dan berkongsi pengalaman mereka bersama-sama kita semua. Channel ini berisi video yang sesuai untuk semua peringkat umur. Pastikan anda bergabung dengan SURR TV dengan cara subscribe.
Jangan lupa tonton video terbaru SURR TV yang akan selalu diupload. Like, comment, share dan subscribe channel ini agar dapat memberi manfaat kita bersama.
Semoga kita selalu sihat dan semakin sukses. Aamiin.
Негізгі бет KUIH PENIRAM@PENERAM@DENDERAM@MENIRAM....YANG MANA SATU NI???
Пікірлер: 67