Trip memancing Brotherhood kembali lagi, kali ni di Sedili Kechil, Johor pula pada 26 Mei 2023 (Jumaat). Dengan kepaduan Tekong terbaik Cikgu Asri dari Kuda Putih Boat Charter, yg berpengalaman lebih dari 10 tahun bermain di perairan Sedili Kechil, trip kali ni berjaya membawa hasil yang tidak mengecewakan walaupun ikan premium Gred A agak sukar muncul disebabkan selepas hari hujan lebat pada lewat petang sebelum bertolak.
Pada sesi di awal sebelah malam agak sunyi, walaupun sehingga 5 ekor Yu cicak dan 1 ekor pari sangkut di mata kail, ikan seperti Kaci, Jenahak, mahupun Ebek tidak kelihatan. Pernah satu ketika arus air lenang hingga umpan udang hidup tidak dijamah langsung. Hingga ke pukul 3 pagi baru keadaan menjadi rancak semula dengan sentapan Kerapu, Sembilang dan lain2 spesis.
Pada sesi belah pagi keesokan harinya, spot Tenggiri jugak sunyi walaupun dengan kehadiran Tamban, Kembung dan Kerisi ketika bermain Apollo. Apa pun trip kali ni mengajar banyak ilmu terutamanya kaedah bermain menggunakan umpan soft plastic di kawasan karang dan kaedah bermain bottom yang betul. Moga ketemu lagi untuk next trip!
Негізгі бет Kutip Lauk Sedili Kechil 2023
Пікірлер: 13