Polis akan memanggil anggota Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, aktivis Wan Muhammad Azri Wan Deris serta Salim Iskandar bagi membantu siasatan berkaitan usaha menjatuhkan kerajaan yang dikenali sebagai ‘Langkah Dubai’.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata suspek utama dalam kes itu ialah Raja Petra Kamarudin, namun pihak polis tidak dapat memanggil aktivis politik itu memandangkan dia kini berada di luar negara.
Menurutnya, siasatan dibuka di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegentaran awam.
Негізгі бет Langkah Dubai: Polis akan panggil Papagomo, Chegubard
Пікірлер: 452