KUALA LUMPUR, 25 Dis - Walaupun negara mengalami masalah wabak pendamik COVID-19, tiada halangan untuk meneruskan latihan Kursus Asas Komando Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berjalan selama 3 bulan dan berakhir semalam di Puasat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang, Melaka.
Ketua Cawangan Komando, Mej Muhammad Azan Azahari berkata, sepanjang tempoh kursus dijalankan terdapat sedikit sebanyak ganguan yang dihadapi semasa negara mengalami masalah pendamik COVID-19
“Apabila penuntut membuat latihan diluar, kami mengadakan ditempat kurangnya kumpulan orang awam yang berada disekitar kawasan latihan,
“Tidak sama dengan sebelum ini ketika latihan luar dijalankan memang ramai gangguan dari orang awam yang menganggu latihan,
“Semasa perlaksanaan jalan laju sejauh 160 kilometer penuntut juga akan melalui jalan sawit dan jalan raya, apabila COVID ini ada jalan raya tidak sesak dan memudahkan perlaksaan kursus berlangsung,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Asas Komando di Kem Sungai Udang, semalam.
Kursus ini juga diadakan secara berkumpulan mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang dilaksanakan kepada penuntut.
“Jurulatih juga terpaksa mengambil tindakan berhati-hati dengan sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa memakai hand sanitizer supaya virus pendamik ini dapat di hindar di kalangan penuntut,
“Pihak kami tidak benarkan mana-mana anggota dan pelawat melawat anggota kursus sepanjang kursus dilaksanakan bagi menggelakkan penyebaran wabak COVID-19,” ujarnya.-airtimes.my
#airtimes #komando #ggk #sungaiudang #pulpak #melaka #malaysia #covid19 #tenteradarat
-----------------------------------------------
Juruvideo: Pasri
Penyunting: Shahir
Artikel: Pasri
-----------------------------------------------
Негізгі бет Ойын-сауық Latihan asas komando tetap diteruskan semasa COVID-19
Пікірлер: 206