VLOG | EP.7
Latihan Keras Mengejar Motor Dan Proses Pemulihan | Perjalanan Azizul Awang Mengejar Kilauan Emas | EP.7
Assalamualaikum
Di dalam Vlog EP.7 kali ini saya kongsikan dengan anda sedikit maklumat tentang salah satu latihan saya dan pasukan iaitu latihan mengejar motorsikal. Latihan ini adalah untuk meningkatkan kelajuan kayuhan dan latihan seperti ini mempunyai risiko yang sangat tinggi memandangkan ianya melibatkan kelajuan yang tinggi.
Disamping itu saya juga kongsikan dengan anda beberapa kaedah yang saya gunakan untuk proses pemulihan (recovery) setelah penat berlatih. Sesi pemulihan amat penting untuk memastikan tubuh badan kita bersedia untuk kembali berlatih dengan lebih keras pasa sesi seterusnya.
Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti perjalanan saya didalam misi mengejar kilauan emas, boleh lah tekan butang subscribe dan share kepada rakan-rakan anda sekalian. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan saya.
#GoAzizulGold #MalaysiaBoleh
#TeamAzizul #AzizulAwang
#TrainingCamp #KemLatihan
#VLOG
Негізгі бет Latihan Mengejar Motor & Proses Pemulihan | Perjalanan Azizul Awang Mengejar Kilauan Emas | EP.7
Пікірлер: 206