Kali ni jom tengok Che Nom sediakan menu sarapan pagi yang cukup terbaik, menu nostalgia menu throwback iaitu lempeng lembut cicah sambal ikan bilis.
Che Nom memang pernah buat lempeng dulu, tapi tak selembut macam resepi ni..tepi-tepi garing bila makan panas-panas. Bahan-bahan nak buatnya tak susah nak cari..bahan basic je. Cuma cara bancuhan dan cara goreng tu Che Nom kongsi berdasarkan pengalaman sendiri.
Sambal bilis pula tak ada yang berbeza sangat..cara masak sambal tumis yang biasa, cara orang dulu-dulu..takde letak sos bagai.
Bila bergabung lempeng yang lembut, dengan sambal bilis yang pedas, terbaik sangat kalau sarapan dengan kopi atau teh.
//Bahasa Melayu
---------------------------
Bahan-bahan Lempeng
3 cwn tepung gandum
4 - 4 1/2 cwn air
1 sb gula
1/2 sk garam
2 sb minyak
Bahan-bahan Sambal Bilis:
150g-200g ikan bilis
1 cwn minyak masak
2 biji bawang besar
15-20 tangkai cili kering
4 biji bawang merah kecil
3-4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan (pilihan)
1 keping kecil gula nisan
Sedikit jus asam jawa
Garam secukup rasa
Perasa jika suka
//English
---------------------------
Lempeng ingredients:
3 cups plainflour
4 - 4 1/2 cups water
1 tbsp sugar
1/2 tsp salt
2 tbsp cooking oil
Sambal Anchovies ingredients:
150g-200g anchovies
1 cup cooking oil
2 red onions
15-20 stalks dried chili
4 shallots
3-4 cloves garlic
1/2 inch fermented shrimp paste (optional)
1 small piece palm sugar
A little bit tamarind juice
Salt to taste
Seasoning, if you like
Instagram: bit.ly/CheNomIn...
Twitter: bit.ly/CheNomTw...
Facebook: bit.ly/CheNomFa...
Jenama Kuali : chenom.my/kual...
Jenama Pisau: chenom.my/pisa...
Model Blender: chenom.my/blen...
#resepichenom
Негізгі бет Lempeng lembut sangat, cicah Sambal Bilis
Пікірлер: 228