Di daerah lenggong ini terdapat beberapa loghat atau dialek yang berbeza mengikut kampung. Faktor yang mempengaruhi perbezaan dialek atau loghat ini adalah faktor geografi nya yang pada suatu ketika dahulu agak sukar untuk mereka berjumpa dengan penduduk kampung yang lain kerana belum ada terbinanya jambatan. Walaupun sekarang pelbagai kemudahan telah disediakan termasuklah jambatan namun loghat dan dialek mereka masih mempunyai perbezaan mengikut kampung mereka.
Негізгі бет Loghat Lenggong
Пікірлер: 63