Filem Sheriff menggegarkan pawagam seluruh negara bermula hari ini adalah sentuhan terbaharu pengarah filem aksi box office nombor satu Malaysia, Polis Evo 3, iaitu Syafiq Yusof.
Filem aksi thriller terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura bermula 18 April.
Perbezaan di antara naskhah Sheriff dengan filem kepolisan yang lain ialah subjek ‘polis tangkap polis’. Ia menampilkan konsep baru yang jarang dipersembahkan dalam karya tempatan yang dipanggil ‘reverse whodunnit’ atau lebih dikenali sebagai ‘howcatchem’, sebuah konsep di mana penonton sudah tahu siapa pembunuh tetapi bagaimana dia akan ditangkap.
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
Watak-watak di dalam filem Sheriff digerakkan oleh barisan pelakon hebat tempatan seperti, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Sharuddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Azri Iskandar, dan ramai lagi.
Zul Ariffin menyerlahkan sisi berbezanya menerusi watak Sheriffudin Hussein, di mana penonton akan mengalami pelbagai konflik emosi sehingga menimbulkan perasaan ‘love-hate’ terhadap karakter ini.
Selain itu, Sheriff turut mempersembahkan babak-babak aksi memukau di antara Zul Ariffin, Dato’ Aaron Aziz dan Syafiq Kyle, serta penampilan pertama Azira Shafinaz sebagai Inspektor Polis yang beraksi lasak apabila berdepan dengan Elizabeth Tan.
#filem #sheriff #skopproductions #astroshaw #polis
---------------------------------------
website:
max-infos.com/
TikTok:
/ maxinfo.com
Instagram:
/ maxinfo.com112
Facebook:
/ maxinfomy
Jemputan dan pertanyaan emel:
editormaxinfo@gmail.com
Негізгі бет Ойын-сауық Malam Gala filem Sheriff arahan Syafiq Yusof
Пікірлер: 57