Hari ni kita mecari lokan pulak. Lokan biasa banyak di hutan paya bakau yang berlumpur atau paya yang bayak pokok nipah. Misi mencari lokan tak semudah yang di sangka ,kena tunggu air surut, baru mudah nak mecari. Tapi nak mengharung selut dan meraduk air bukan kerja yang mudah. Oleh itu tak hairanlah kalau lokan di jual dengan harga yang agak mahal di pasaran. Jangan lupa bawa kait atau parang tumpul untuk mengais lokan yang terbenam di dalam lumpur.
Lokan biasa enak di masak lemak cili api, di buat sambal atau rendang. Kalau masak lokan pasti teringat arwah mak ita. Lokan antara makanan kesukaan mak ita.
Hari ni ita sediakan rendang lokan, sedap tau rendang lokan ni.. sedap sangat-sangat anda harus cuba!
Ita juga lawankan dengan bayam merah tumis air. Kebetulan bayam di kebun dah boleh di tuai. Jadilah hidangan mudah dan ringkas untuk kami sekeluarga.
Lokan yang telah di punggut hendaklah di cuci bersih.
Kemudiaan masukkan dalam periuk dan rebus tanpa air. Air dari lokan akan keluar semasa proses merebus nanti.
Masa rebus juga tak perlu letak garam tau ! nanti hilang rasa manis lokan.
Bila lokan dah terbuka tu dah masak lah.
Keluarka isi lokan
RENDANG LOKAN
1 magkuk isi lokan
4 helai daun limau purut ~ mayang
1 helai daun kunyit ~ mayang
2 batang serai ~ di titik
1 biji satan
1 sudu besar kerisik
2 keping asam keping
1 sudu besar kari ikan
1 buku kecil gula melaka
garam
gula
perisa
Bahan Kisar
5 ulas bawang merahh
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1/2 inc kunyit
1/2 inc lengkuas
1 inc belacan
3 biji buah keras
Cara masak rujuk Video
BAYAM MERAH TUMIS AIR
2 cekak bayam ~ di potong
2 biji lada merah ~ hiris
1 labu bawang besar ~ hiris
5 ekor udang
garam dan secukup rasa
Bahan Tumbuk
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc belacan
1 sudu besar udang kering
Cara masak rujuk video
terima kasih sudi menoton, jangan lupa subscride, like , komen dan share
janga lupa cuba tau!
Негізгі бет Malaysian Food Life : Cari lokan di lubuk rahsia. Rendang lokan yang sangat sedap !!
Пікірлер: 360