Assalammualaikum & salam sejahtera, malam ni kita layan ikan semua dah pindah tank baru. Nampak lagi kemas dan luas sedikit berbanding tank lama. Ikan-ikan pun nampak seronok dan sihat.
Lenggok renangan memukau jiwa mengusik kenangan,
Kilauan sisik bak bintang dilangit gemerlapan,
Tenang pandangan syahdu mengubat kekusutan seharian,
Indah sekali ciptaan tuhan,
Video ini, ditujukan khas kepada peminat-peminat ikan yang menjadikan hidupan akuatik ini sebagai hiasan didalam mahupun diluar rumah turut menjadi sudut mencari ilham dan ketenangan setelah seharian penat membanting tulang mengerah keringat mencari rezeki saban hari.
Saya hanyalah pemula yang baru berjinak-jinak dalam hobi membela ikan dalam akuarium semenjak bermulanya PKP akibat penularan wabak Covid 19. Diharapkan, orang-orang lama dapat memberi tunjuk ajar dalam memastikan hidupan akuatik ini membesar dengan sihat dan dapat hidup lama, in Shaa Allah. Semoga perkongsian pendapat diantara kita semua dapat memberikan manfaat kepada peminat-peminat hidupan akuatik ini tidak mengira pangkat, kaum atau umur.
Негізгі бет Malaysian Golden Blue Base Arowana Fish | Layan Santai-santai
No video
Пікірлер: 2