BONDA KITCHEN, LONDON - Saya dan kawan saya Steph baru-baru ni mengunjungi BONDA KITCHEN untuk mendapatkan dim sum halal, dan cuba pelbagai hidangan Malaysia.
Restoran ini mempunyai semua kegemaran makanan Malaysia yang mana-mana pencinta makanan Asia boleh pesan. Salah satu hidangan popular mereka ialah Laksa Nyonya.
Terdapat begitu banyak pilihan makanan disana. Kami ambik keputusan untuk mencuba Dim Sum. Semuanya dibuat segar di dapur mereka, termasuk Nasi Lemak dan set Bao.
Saya menjemput rakan saya, Steph, yang pada pandangan saya adalah pakar dim sum. Beliau pernah memiliki perniagaan penghantaran makanan dim sum. Selepas merasai beberapa kali dim sum di Bonda Kitchen, Steph mengesyorkan untuk mencuba dim sum di sini. Warna biru daripada ladu Udang dan Ketam berasal daripada bunga Blue Butterfly Pea, ataupun dikenali sebagai Bunga Telang dalam bahasa Melayu.
Setelah makan Nasi Lemak baru-baru ini, saya terfikir untuk mencuba rasa Nasi Lemak mereka pula, dengan Rendang Daging, dan ia tidak mengecewakan. Rasanya sensasi!
Set Sambal Tempe dan Tauhu Bao memang sedap, lembut yang gebu. Tauhu rangup itu benar-benar unik, manis, sedikit pedas, dan rangup. Semua itu digabung dalam roti dengan jalur timun, ia seperti pesta di mulut saya.
Saya sangat suka hidangan lazat yang saya pesan hari ini. Saya sangat mengesyorkan pi ke Bonda Kitchen jika anda ingin mencari makanan Malaysia di London.
P.S. Saya kembali minggu seterusnya untuk mencuba Laksa Nyonya, (dengan keluarga Malaysia yang kebetulan berada di bandar) dan ia benar-benar lazat. Saya juga pernah mendengar orang di restoran ni mengatakan bahawa ia adalah Laksa Nyonya terbaik yang mereka pernah cuba.
📍Bonda Kitchen Paddington: goo.gl/maps/cJ...
📱Follow me:
Instagram: / rita.mangan
Tiktok: www.tiktok.com...
BONDA KITCHEN, LONDON - My friend Steph and I visit the Bonda Kitchen for some halal dim sum, and more Malaysian delights.
This restaurant has all the Malaysian favourites that any Asian food lover could ever ask for. One of their popular dishes being the Laksa Nyonya.
There's just so many to choose from that we thought we'd try the Dim Sum, which are all freshly made in their kitchen, their Nasi Lemak, and a Bao set.
I invited my friend, Steph, whom in my eyes is the connoisseur of dim sum, having owned and sold a dim sum meal delivery business. After tasting a few of Bonda Kitchen's dim sum, even Steph recommends having dim sum here. The blue colour from the Prawn and Crab dumplings comes from the Blue Butterfly Pea flower, known as Bunga Telang in Malay.
Having had Nasi Lemak recently, I thought I would try the flavours of their Nasi Lemak, with a side of Beef Rendang, and it did not disappoint. The flavours were sensational!
The Sambal Tempe and Tofu Bao set was really delicious, a fluffy soft steamed bun. The crispy tofu was really unique, sweet and slightly spicy, and crunchy. All that in a bun with strips of cucumber, it was like a party in my mouth.
I really enjoyed the delicious dishes I ordered today. I highly recommend a visit to Bonda Kitchen if you're looking for Malaysian food in London.
P.S. I went back a week later to try the Laksa Nyonya, (with Malaysian family that were in town) and it really was delicious. I even overheard people in the restaurant saying that it was the best Laksa Nyonya they've had.
📍Bonda Kitchen Paddington: goo.gl/maps/cJ...
📱Follow me:
Instagram: / rita.mangan
Tiktok: www.tiktok.com...
Негізгі бет Masakan di Bonda Kitchen ni memang sedap macam bonda saya sendiri
Пікірлер: 23