Sejak pandemik melanda 2 tahun lalu, ramai yang merindui suasana majlis perkahwinan yang ceria dan riang, terutamanya bau nasi minyak dan lauk pauk yang memikat selera.
Ilham En Muhammad Iqbal beserta keluarganya memberi semua peluang untuk merasai keenakan nasi kenduri kahwin walaupun tidak mendapat jemputan.
Fendi singgah ke Bukit Kapar, Klang untuk bertemu sendiri dengan "chef" utama Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-Hari iaitu Ibu Ruby. Jom kenali lebih lanjut latar belakang perniagaan keluarga ini dan juga rahsia disebalik keenakan lauk-pauk kenduri di sini.
📍Warung Nasi Kenduri Hari-Hari
Pdg, Kampung Bukit Kapar, 42200 Kapar, Selangor.
⏰ Waktu Operasi :
Khamis - Selasa: 11 pagi sehingga 6 petang
Rabu: Tutup
☎️ 010-2601465 (Iqbal)
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti KZitem, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Негізгі бет Melantak Nasi Kenduri KAHWIN 2 Pinggan! | Makan-Makan Bersama Fendi
Пікірлер: 287