Alhamdulillah.. selesai juga video Trip Chalet Nelayan Tiga . Terima kasih kepada semua yang support Channel Mengai Warriors selama ini. Kepada yang baru singgah , jemputlah subscribe channel ini. Pada trip kali ini, Mengai Warriors telah menerjah satu chalet yang terletak di Sitiawan Perak. Iaitu di Chalet Nelayan Tiga & Camp yang berada di Negeri Perak. Secara keseluruhannya lokasi ini sesuai untuk pemancing-pemancing yang ingin santai-santai bersama keluarga dan juga kepada yang ingin membuat program perkhemahan. Keadaan didalam bilik tidaklah seperti hotel-hotel yang lain. Namun pada pandangan peribadi Mengai Warriors, tempat ini memang sesuai untuk kaki pancing beriadah dalam sukan memancing di sini . Hal ini disebabkan lokasi ini ada siakap geng. Tetapi jangan lupa pesanan Mengai Warrior..hati-hati, di sini banyak monyet..jaga barang-barang anda..Sebelum ini Mengai Warriors telah singgah di sini pada awal tahun 2022. Ketika itu dua ekor siakap,seekor jehanak saiz cun telah berjaya ditewaskan dan seekor siakap telah lucut . Pada kali ini pula Mengai Warriors telah pergi semula ke sana pada penghujung tahun 2022 iaitu pada 31 Disember dan balik pada awal tahun 2023 iaitu pada 1 Januari 2023.. Mari sama-sama saksikan ikan apa yang telah berjaya ditewaskan pada kali ini...selamat menonton.. semoga semua subscriber Mengai Warriors berada dalam keadaan sihat-sihat selalu..aaminnnn
- Жыл бұрын
Memancing di Nelayan Tiga Chalet & Camp. Siakap First, 2023 #1
- Рет қаралды 10,453
Пікірлер: 18