Menara Kuantan 188, dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, menara yang terletak di tengah-tengah Kuantan Waterfront, sebuah mercu tanda ikonik dan strategik yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang 26 FEBRUARI 2020.
Sebuah majlis untuk menyempurnakan penyerahan tersebut telah diadakan di tapak Kuantan 188. Di majlis ini, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdi bin Wan Ismail telah menerima kunci menara tersebut daripada Encik Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Pahang untuk melaksanakan pelbagai projek awam berimpak tinggi dalam usaha bagi merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama. Beliau juga berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam merealisasikan pembangunan projek Kuantan 188 ini. Ia merupakan sebahagian daripada strategi ECERDC untuk mewujudkan destinasi dengan menyediakan asas yang diperlukan bagi menarik minat dan menambah nilai kawasan-kawasan berdekatan yang berupaya untuk merangsang pelancongan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.
Kuantan 188 merupakan mercu tanda terbaharu di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Konsep reka bentuknya yang tegak dan meruncing diinspirasikan daripada bentuk hujung bilah lembing, seperti yang tertera di Jata Negeri Pahang. Reka bentuk dek tinjau menara tersebut pula diinspirasi oleh bebunga dan dedaun pokok Teruntum Putih.
Menara tersebut adalah sebahagian daripada siri pembangunan untuk menambah baik Kuantan Waterfront, sebuah aset premium yang perlu dipelihara dan dioptimumkan untuk penduduk tempatan. Ia telah direka khusus untuk menjadi tarikan pelancongan utama bagi pelancong tempatan dan luar negara. Dari dek pemerhatian menara yang terletak pada ketinggian 92 meter, para pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah Bandaraya Kuantan dan Sungai Kuantan yang memukau. Tarikan-tarikan lain yang terdapat di menara tersebut termasuk sebuah restoran pada ketinggian 98 meter, sebuah dek pemerhatian terbuka, jejantas udara dan pelantar terjunan berpandu dari aras 104 meter. Para pengunjung yang menggemari aktiviti lasak boleh melakukan pendakian tiang pada ketinggian 160 meter di puncak keluli setinggi 66 meter.
Pembinaan bermula pada Ogos 2017 dan ia siap sepenuhnya pada September 2019. Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) telah dikeluarkan pada November 2019. Menara tersebut dijangka beroperasi sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai pada bulan Ogos tahun ini. Terletak di tepi Sungai Kuantan iaitu Benteng Kuantan berdekatan dengan Komplek Teruntum dan Kuantan Parade.
Projek ikonik ini adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan yang telah dirancang oleh ECERDC untuk pembangunan Pahang. Di bawah Pelan Induk ECER 2.0 (EMP2.0), Pahang dijangka menarik RM31 bilion pelaburan swasta menjelang 2025 yang akan mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan dan lebih 23,000 peluang keusahawanan.
Waktu operasi Kuantan 188 :
Isnin - Khamis 10.00 am - 10.00 pm
Jumaat - Ahad 10.00 am - 12.00 am
Harga Tiket Jumaat - Ahad 10.00 am - 12.00 am:
Dewasa 13 tahun - 59 tahun RM23
Kanak-Kanak 4 tahun - 12 tahun RM18
Harga Tiket Isnin - Khamis 10.00 am - 10.00 pm:
Dewasa 13 tahun - 59 tahun RM13
Kanak-Kanak 4 tahun - 12 tahun RM10
Lokasi Kuantan 188
maps.app.goo.g...
Lawati juga Blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel menarik
www.addashuk.com
So.. anda jangan lupa Subscribe Addashuk Channel untuk video-video yang menarik yang banyak memberi info tentang tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati. Boleh follow channel ni untuk mengetahui tempat menarik di Pahang khususnya, tempat menarik di Malaysia amnya.
Ok gais, selamat menonton dan terima kasih, jangan lupa Like dan Share video ni untuk menyokong kita orang untuk terus membuat video-video yang akan datang... Assalamualaikum...
Ini adalah video vlog Menara Kuantan 188, iaitu salah satu tempat wajib singah di Kuantan Pahang, Tempat ini juga adalah tempat menarik di Kuantan Pahang Malaysia.
#kuantan188 #tempatMenarikDiKuantan #tempatMenarikDiPahang #tempatmenarikdimalaysia
Peralatan yang digunakan dalam video ini boleh beli di shopee.
Rakaman Video dari Smartphone Huawei Mate 30 Pro
s.shopee.com.m...
Guna Gimball Zhiyun Smooth Q4
s.shopee.com.m...
Guna Microphone Saramonic Blink 500
s.shopee.com.m...
Video Dron guna DJI Mini 4 Pro
s.shopee.com.m...
Transcript
Негізгі бет MENARA KUANTAN 188 | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KUANTAN PAHANG | TEMPAT MENARIK DI KUANTAN PAHANG
Пікірлер: 11