Saya mendaki Gunung Kinabalu buat kali ke-2
pada 26 & 27 Ogos 2020 (hari rabu & khamis)
terima kasih kepada guide saya Hawawaye @ Huawei
kerana banyak membantu saya di sana
trip kali ini saya tidak berapa fit kerana salah makan pada malam sebelum saya naik gunung. di KM5 tanda2 perut saya tidak berapa selesa dan badan mula sakit2. Tempoh pendakian dari Timpohon sampai ke Laban Rata lebih kurang 7 jam... rasa agak lama pendakian tu. Sampai di Laban Rata, saya tak boleh nak makan sbb tidak ada selera. saya rest awal. Jam 1 pagi hujan lebat. jam 2 pagi ada sedikit briefing dan bergantung pada cuaca. alhamdulillah jam 3 hujan berhenti. keadaan saya agak ok skit selepas makan dan meneruskan pendakian.
selepas check point di Sayat Sayat, tanda2 perut saya memulas2. nak berjalan pun agak susah... saya nak surrender tapi gagahkan juga berjalan slow2... menjadi org terakhir sampai puncak dalam anggaran jam 8 lebih... selepas bergambar di puncak, badan memulas dan terus muntah.
saya turun pun agak slow juga sbb badan saya masih tak berapa ok... sampai di Sayat Sayat saya muntah buat kali ke2... masih ni badan pun da lembik2... rasa nak tido situ je... dalam beg ada coklat.. makan utk tenaga turun di laban rata...
sampai di Laban rata pun agak lewat sejam check out... order makan nasi goreng, alhamdulillah badan pun rasa macam ok skit.... baru lah saya ada tenaga hendak turun dengan cepat... alhamdulillah turun dalam anggaran 3 jam lebih.
semoga terhibur dengan video saya.
terima kasih.
Credit Music by Audionautix.com
1. Acoustic Rock
2. Rock Your World
3. Modern Rock Boy
Негізгі бет Mendaki Gunung Kinabalu kali ke-2
No video
Пікірлер: 7