KERAMAT SUNGAI UDANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.
Kompleks ini menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalit, Pengkalan Kempas.
Syeikh Ahmad Majnun merupakan seorang pendakwah menyebarkan syiar Islam di zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Semasa dalam perjalanan, beliau meninggal dunia dan dimakamkan disini.
Makam Syeikh Ahmad Majnun dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua. Ini berdasarkan kepada inskripsi batu bersurat yang terukir tahun 1467-1468 dipercayai tarikh Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia. Beliau dianggap oleh pengikutnya sebagai wali.
Batu megalit atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'batu hidup'. Dipercayai batu megalit telah wujud sejak abad ke 2 dan ke 3.
___________________________
Dalam video ini, En.Nazri Salleh dan Pn Ita (akak) menyingkap kebenaran kisah Syeikh Ahmad Majnun ini yang terdapat versi yang lain. Adakah benar atau tidak.
Kemudian mereka menyingkap apakah sebenar logo yang tertera pada batu berdekatan dengan makam tersebut yang menjadi persoalan dalam masyarakat.
____________________________
Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.
Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.
_________________________
✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
t.me/Explorasi...
#ExplorasiMisteriMistik #MakamSyeikhAhmadMajnun
Негізгі бет 🔴 MERUNGKAI MISTERI MAKAM SYEIKH AHMAD MAJNUN | NEGERI SEMBILAN
No video
Пікірлер: 101