Warga Malaysia:
1) Kapt Wan Amran Wan Hussin (L)
2) Subashni Jretnam (P)
3) Kaelamayajay Goes (P)
4) Kapt Eugene Choo Jin Leong (L)
5) Sanjid Singh Sandhu (L)
6) Muhd Firdaus Abdul Rahim (L)
7) Loh Yan Hwa (P)
Pesawat yang membawa sembilan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terdiri daripada tujuh warga Malaysia dan dua warga Belanda, tiba Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.30 pagi tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berada bersama anggota keluarga untuk menyambut ketibaan jenazah yang diterbangkan ke Malaysia dengan lima keranda dan empat bekas khas berisi abu.
Cuaca mendung disertai hujan renyai mengiringi istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 kira-kira jam 8.35 pagi.
Kesemua jenazah berkenaan dibawa melalui pesawat komersial dari Amsterdam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Manso, menteri-menteri kabinet, dan waris keluarga mangsa tragedi bertafakur selama seminit bagi istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 kira-kira jam 8.57 minit pagi.
Tujuh daripada jenazah adalah warganegara Malaysia, dua beragama Islam manakala lima lagi bukan Islam.
Ia melibatkan tiga penumpang dan empat anak kapal.
Jenazah yang tiba ialah dua juruterbang pesawat MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong, Subashni Jretnam, Kaelamayajay Goes, Sanjid Singh Sandhu, Muhd Firdaus Abdul Rahim dan Loh Yan Hwa.
Dua jenazah warga Belanda iaitu Paul Goes serta Fan Shun Po adalah penumpang.
Jenazah pertama yang diturunkan ialah jenazah juruterbang Kapten Wan Amran Wan Hussin diikuti penumpang Subashini J.Retnam dan yang terakhir iaitu warga Belanda Fun Shun Po.
Datuk Seri Najib turut bertemu waris dan keluarga mangsa tragedi MH17 sebelum istiadat penghormatan itu bermula
Негізгі бет #MH
Пікірлер: 9