Assalamualaikum.
Hai mengkome...apa kabor yeop yong...Harap Sihat ye mengkome...
Condenser Microphone
Condensor Mic @ Capacitor Mic adalah 1 lagi jenis mic yang biasa di gunakan oleh penggiat audio system terutama untuk tujuan rakaman dalam studio. Pada ketika ini, mic jenis ini sangat popular di kalangan KZitemr, FB Live, Gamer Streaming, DJ Streaming dan sebagainya.
Kelebihan mic ini ialah ianya amat sensitif menangkap bunyi hingga mampu memproses sumber bunyi yang kekuatan sangat rendah yang mana ianya memberi kelebihan untuk mendapatkan perincian bunyi yang lebih baik.
Mic ini memerlukan kuasa tambahan untuk membolehkan ianya berfungsi. Kuasa tersebut boleh di dapati dari "Phantom Power" (24v/48v) yang ada di audio mixer, public address amplifier, Phantom Power Suply & bateri (1.5v / 9v ).
Dari segi ketahanannya, mic ini agak sensitif & mudah rosak sekiranya tidak di kendalikan dengan baik, kerana itu mic jenis ini kurang digunakan untuk tujuan / keperluan penggunaan untuk bergerak.
Contoh Condenser Mic yang biasa kita temui ialah Studio Mic, Shotgun Mic (biasa di guna untuk video camera), clip mic, headworn mic, mic dalam telefon bimbit, mic pada laptop dan sebagainya.
#nota yang tidak ada dalam video.
Condenser mic sangat mudah feedback akibat dari terlalu sensitif memproses bunyi. Jadi ianya kurang sesuai di gunakan untuk pemasangan p.a system yang memerlukan pengguna membawa mic ke pelbagai arah. Ianya lebih sesuai untuk tujuan rakaman kerana kebiasaannya, monitor untuk tujuan rakaman hanya mengguna headphone ( untuk tugasan luar ) dan sekiranya dalam studio monitor speaker berada di dalam bilik Mixing, dan di dalam studio rakaman, penyanyi akan menggunakan headphpone sebagai monitor. Kalau penggunaan di Masjid / Surau yang mana imam menggunakan Clip Mic @ Headworn Mic, feedback boleh di atasi dengan mengatur equalizer dengan betul atau menggunakan feedback destroyer.
#P.ASystem
#SoundSystem
#Jombelajar
#kongsiilmu
#Kongsipengalaman
#settingsound
#microphone
#equalizer
#compressorlimiter
#noisegate
#feedback
#crossover
#DLMS
#poweramp
#speaker
#video,
#sharing,
#camera phone,
#video phone,
#free,
#upload
Негізгі бет Minat Sound System - Condensor Mic
Пікірлер: 3