Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah merasmikan Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia (Program Recognition of Prior Experiental Learning - RPEL) dan Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh, hari ini.
Kementerian Pertahanan melalui Kertas Putih Pertahanan (KPP) memberi keutamaan dan komitmen terhadap inisiatif pembangunan modal insan dan sosio ekonomi kepada bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Insiatif-inisiatif yang digarap ini adalah bertujuan bagi menyediakan anggota ATM yang bakal bersara untuk merancang dan mengatur perjalanan selepas tamat perkhidmatan dengan jayanya.
Melalui inisiatif ini, PERHEBAT telah menganjurkan program Latihan Peralihan dalam bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) dan keusahawanan sebagai Enabler kerjaya kedua veteran tentera.
Dalam program ini, PERHEBAT kini sedang memantau perkembangan kerjaya seramai 6,851 orang pesara yang telah tamat Latihan Peralihan pada tahun 2023. Hasil daripada pengesanan kerjaya kedua, sebanyak 60% veteran telah mempunyai kerjaya. 17% bekerja dengan majikan, 23% menjadi usahawan tunas atau bekerja sendiri, 20% menjadi usahawan manakala 40% veteran sedang mencari pekerjaan.
#MINDEF #KementerianPertahanan #PERHEBAT #TVET #Tentera #ATM #TLDM #TUDM
Негізгі бет Фильм және анимация MINDEF bantu tingkat nilai tambah dan kebolehpasaran veteran ATM
Пікірлер