[ JENAYAH MINGGU INI ]
Salah seorang penjenayah yang bertindak merempuh beberapa kenderaan awam ketika cuba meloloskan diri berjaya ditangkap.
Tindakan agresif lelaki berkenaan bersama rakannya sempat dirakam orang awam sehingga tular di media sosial.
Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Bulatan Sierramas, Sungai Buloh, ketika kebanyakan kenderaan sedang berhenti susulan lampu merah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek ditahan beberapa meter dari lokasi kejadian ketika meloloskan diri.
Dalam video tular itu,
Dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta jenis proton Waja selepas pemandunya bertindak ganas merempuh beberapa kenderaan.
Video itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen apabila mereka tekad merempuh kenderaan awam lain biarpun keretanya sudah terperangkap.
Tindakan bahaya itu menyebabkan anggota polis yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan ke arah tayar hadapan kiri kereta itu.
Penjenayah itu sempat melarikan diri walaupun dalam keadaan tayar kenderaan pancit.
Berdasarkan maklumat, kereta penjenayah akhirnya ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai.
Polis kini memburu seorang lagi penjenayah untuk tindakan lanjut.
#MKLCRIMEDESK
#PDRM
#TEMBAKPENJENAYAH
______________________________
Like, Follow & Subscribes us at
Facebook / metronewsmedia
Twitter / twt_metronews
Instagram / metronewskl
We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!
Негізгі бет MKL Crimedesk | Polis Tembak Kereta Penjenayah Enggan Berhenti
No video
Пікірлер: 47