Sayur midin merupakan sejenis sayuran tradisional yang sangat popular di Malaysia khususnya di Negeri Sarawak sebagai satu lagi hidangan istimewa oleh penduduk tempatan dan pelancong asing.
Dalam video kali ini, kami mengongsikan satu lagi resepi yang mudah dan ringkas untuk dimasak dirumah. Selain daripada itu, cara masakan ini merupakan salah satu menu midin yang "top" di mana-mana kedai makan di sekitar Kuching.
Dengan kerangupan sayur midin dan aroma sambal belacan nya yang tidak dapat ditandingi lagi, sayur ini sangat sedap dimakan dengan nasi putih yang masih panas.
Kawan-kawan boleh juga mencuba cara masakan ini dengan menggantikan ikan bilis(pusu) dengan udang kering. Dan sekiranya anda penggemar makanan pedas, anda boleh tambakan cili mengikut citarasa anda sendiri.
Selamat mencuba... 😉
LIKE||KOMEN||SHARE||SUBSCRIBE
#sayuran #masaksayur #sayurbuncis #sayuransegar #midin #makanansarawak #sarawak #kuching #masakanrumahan #masak #masakansederhana #masakan #masakanseharihari #masakmasak #masakansimple #masaksimple #masaksendiri #enakdanmudah #sedapdanmudah #sedap #mantap #midinbelacan
Негізгі бет MUST TRY!! MESTI CUBA!! RESEPI MIDIN BELACAN
Пікірлер: 13